Monday, April 30, 2012

ShareYourLoveWithCards GiveAway


Pergh.. kreatif dan cantiks sungguh.. shareyourlovewithcards
kalau dapat la ini hadiah.. ahkak nak bagi kat adik yang nak kawin Jun ni..
pasti jadi wedding of the year gitu...

Last date untuk join : 30 April, ari ni.. yeehaa
Mari baca lagi...

Saturday, April 28, 2012

Travelog @ Langkawi - Part 4 (Last)


Day 3 - 12.04.2012 (Khamis)
Alhamdulillah.. syukur kepadamu Ya Allah, kami masih bernafas pada hari ini.
Hari ni menghabiskan setengah hari di hotel, coz flight malam.
Bersiar-siar di tepian pantai... tenang dan nyaman.

Check out kul 12 terus ke pekan Kuah. On the way, berenti jap
kat kedai gamat lain pulak, nak cari juga gamat kering.
Akhirnya kat kedai ni ada, RM36 utk 4 keping gamat sebesar
ibu jari lelaki dewasa. Dasat jugak regenya, kan?

Operasi Survey :
Kat Kuah tinjau2 beg tarik (travel bag), itu point utama selain nak cari ceklat murah..
Dah habis round Kuah dan dah kenalpasti kedai mana nak beli,
kita makan dolu... pergi makan McD.. pastu datang balik ke Kuah.


Operasi Shopping :
Tak sah kalo tak beli ceklat DAIM. Rata2 kedai jual RM14.50
tapi ada satu kedai jual RM14.40... kalo ko memborong tak ke dah jimat
walaupun seposen jer kurangnya.
Ceklat Cadbury pula paling murah jumpa RM7.90 satu, tapii..
kat kedai tu lagi murah, 2 for RM15.50.. ada tu siap pack 2 for RM13.00,
yang ni ahkak nengok expiry date dalam 2 3 bulan lagi.. okeh la tu.
Beg tarik pun comel dan murah skit kat sini... ahkak sambar satu.
Kedai apakah itu? Kedainya sebelah Hj Ismail Group iaitu....

cam lukisan plak bekgraun nyer..

Habis nyoping, ada banyak masa lagi, maka kami ke Dataran Helang.
Cuaca sangat cantik dan terik woo.. tapi bila snap gambar, sangat cantik.
Lepas tu ke Lagenda Park yang bersebelahan tapi tak masuk pun..
just posing² kat signage luar tu..

Dah penat kat situ, kami tak tau ke mana lagi, just round² abiskan minyak.
At last lepak kat Pantai Cenang, rehat and posing jap..
Subhanallah.. sungguh catik pemandangan di kala senja..


waktu senja di pantai Langkawi

Dan ahkak pun naik flight kul 10.30 pm tapi flight sampai awal 10 minit..
jadi sampai KL pun awal...

~ THE END ~

Mari baca lagi...

Thursday, April 26, 2012

Travelog @ Langkawi - Part 3

Sikit punya seksa daaa.. nak ngabiskan citer..
Meh ahkak sambung... kisah tsunami...

Sampai hotel dah kul 7 petang.. ajak anaknda sulong jalan2 pantai dan cari kolam.
Rupanya jiran-jiran bilik ahkak kebanyakannya omputih belaka..
Ingatkan tak ramai penghuni, sebab senyap sunyi je...

dah lama tak nampak bunga ni... tingat zaman kanak-kanak

Sedang berjalan di tepian pagar, datang sebiji motor slow jer kat kitorang...
suspen gak ar... orang motor tu tegur, nak pergi mana ni cik?
Sajer jalan2 nak ke pantai...  (nak ngorat aku ke hape??)
Cik, jangan ke pantai... cik balik ke bilik, sebab pihak hotel dapat amaran tsunami.
Telinga ahkak ni cam dengar tak dengar jer perkataan tsunami tu.. blur kejap!
Betul ke ada tsunami..? sambil sengeh2 macam diperolokkan.
Betul cik, petang tadi Acheh gempa bumi kuat, kita bimbang tsunami terjadi.
Kita terima arahan tsunami sampai kul 9 malam ni..
Jadi cik balik bilik tunggu arahan dari pihak hotel atau cik boleh tanya reception...
Bila ahkak dengar je Acheh gempa bumi baru rasa percaya...
dan dan tu jantung dupdap dupdap.. dengan pantas ahkak ajak anak balik bilik
sambil sesekali berpaling ke arah pantai, kut2 ombak naik... (rasa cam berlakon pilem lak).

air yang tenang jangan disangka tiada tsunami...

Bagitau incik ayah, dia pun cuak gak.. habis tu nak kuar makan camne ni?
adeh...itu yang dicuakkan...? tetiba dia boleh berfikir waras semula,
mana nak lari? dah la bilik kita bawah, tepi pula tu... hah!
kalo air naik kita lari naik tangga (tangga betul2 depan bilik)
ahkak pula terfikir, kalo air naik, dia tak naik macam banjir tu,
meleleh dari bawah naik ke atas...
ini kita cakap pasal tsunami, sekali datang, WOOSH u away tau...
kot nya tengah lari naik tangga tu tsunami swoosh, habis...

Memang tak senang duduk dalam bilik, mata tak lepas dari tengok
message yang bergerak2 kat TV3 tu.. apa nak panggil pun tak tau.
Kejap2 incik ayah intai luar tingkap, luar tu gelap gelemak macam la nampak apape..
Perut lapor weh... dah kul 8.30.. argh tak leh jadik ni,
ahkak call reception tanya perkembangan terkini..
cik, arahan tarik balik tsunami tu sampai kul 9 je kan?
eh, tak... kami baru dapat arahan selanjutnya, arahan tu sampai kul 3 pagi..
appa...? ok let's say anything happen, mana tempat selamat nak pergi?
cik, jangan panik.. (sambil ketawa sinis, cisss) nanti kita beritau.. 
kejap  lagi staff kami akan edarkan flyers ke bilik2

Bagitau incik ayah arahan tu sampai kul 3 pagi... terkejut gorila dia..
ok sempat lagi kita keluar makan ni, jom! Dengan pantas jalan ke kereta..
bertembung ngan staff yang edar flyers, ingatkan flyers tu bagitau la
perkara or tempat yang selamat kalo tsunami melanda, rupanya
just nak inform arahan tu sambung sampai pukul 3.. itu aku dah tau..
ah... lantak la, aku nak pi melantak dulu... anak2 dah lapor..

Makan dekat2 je.. Restoran Maya, budak nak makan western (RM50)
incik ayah sesaja tanya budak waitress tu, apa citer tsunami?
dengaq2 ayaq naik pukui 2 pagi... ah sudah...
dah tu hang nak lari mana? taktau la kami...
jeng jeng jeng...

Balik bilik hotel dah pukul 10.30.. terus ON tv..
message bergerak tu tulis... arahan tsunami ditarik balik pada pukul 10 pm..
alhamdulillah... lega skit tapi kena berjaga-jaga juga.. tidur malam tu tak tutup tv.
Ahkak kejap2 terjaga, tengok berita terkini... kang terjaga lagi, tengok tv lagi
plus slowkan aircond... sejuk beku dibuatnya, angkara incik ayah...

to be continue again... last episode




Mari baca lagi...

Tuesday, April 24, 2012

Pening masalah pengasuh

Dari semalam lagi mood resah gelisah, kacau bilau..
mana tak nye, BPH dah serbu rumah-rumah pengasuh, tak kasi ngasuh budak lagi...
atas alasan tak boleh menjalankan perniagaan di kuarters... #@??
ngasuh anak ni perniagaankah? atau perkhidmatan? ke sama jer..?
AHKAK CONFUSE!!

Wadduh... mana aku nak antar anak ni... 
taska kat opis ni dah takmo terima budak dah..
yang taska swasta lak, ahkak tak mampu nak bayar lebih.. 
ahkak bawa anak kerja sama2  la cam ni...

baru nak mengecapi kesenangan hujung bulan ni dah datang problem cenggini..
adakah releven dan rasionalnya BPH buat begini? 
tak memikirkan langsung kesan terhadap staff yang berstatus rendah cam kami nih..
kalo disediakan tempat untuk menjaga anak bagi selesaikan masalah ni, takpe la juga..

Pasti ramai parent gundah gulana, pasti banyak dah aduan dibuat, 
minta tolong dengan semua pihak yang boleh membantu kami yang susah hati ni..
kami para ibuk2 bapak2 sekalian berharap BPH dapat memikirkan semula atau
memberi kelonggaran pada pengasuh anak di kuarters, mereka banyak berjasa pada kami yang bekerja ni... (baru ko nak ingat jasa yer...)

Pada pengadu domba pada BPH itu, ko dah nyusahkan orang laen tau tak???
Ko bermasalah ngan pengasuh sampai ke KSN ko ngadu yer... ceh! cam budak kecik!

p.s : sori, hari penuh emosi tanpa kawalan
Mari baca lagi...

Saturday, April 21, 2012

Travelog @ Langkawi - Part 2

Day 2 - 11.04.2012 (Rabu)

Tengok map dulu, plan nak gi mana.
Sebelum ni dah pernah ke Cable Car dan Makam Mahsuri, 
tapi pergi je la lagi... sebab kali ni pergi ngan family sendiri 
lain skit suasananya, sumer ahkak n hubby kena urus dan rancang sendiri..


9.00 pagi gerak ke Cable Car..
On da way ke sana, singgah dulu kat Telaga Harbour Park.
Sajer nak tengok bot layar..
cantik juga senarionya!


Then terus ke Oriental Village (Cable Car).
Apape hal round² dan makan brunch (breakfast+lunch) dulu kat foodcourt (RM25).



Token / Tiket Cable Car :
Dewasa : RM 15 / Kanak-kanak : RM 10
Ayah budak tak nak naik sama, gayat tah ape...??!


 subhanallah nice view...

Turun dari cable car, cari incik ayah.. rupanya kat tempat rusa.
Try nak bagi rusa makan tapi sikit punya debar duh..
Macam² ahkak tanya pakcik jaga tu... (aku panggil dia pakcik?? mudanya aku..)
rusa ni gigit tak? gigi banyak tak? apa rasa lidah rusa?
Last² pejam mata, hulur tangan... yukss... ngeri ke..? tak ah
takde apape pon... siap paksa budak² bagi pulak... trauma memasing! hahahai..

eeiii... geli's you....

Lepas ni destinasi dituju adalah crocodile farm, ni request hero ahkak..
Jalan punya jalan (tipu... naik kete..) tak jumpa signboard,
tak jumpa simpang yang ada dalam map.. ku rasakan kita sudah terlepas..

Okey takpe... kita ke Wildlife Park je la..
Tiket masuk dewasa RM12 / kanak² RM8
Makanan haiwan RM6, yang ni takmo beli pun takpe..
Berbaloi ke sini.. banyak binatang dan kawasannya luas dan cantik..


2 jam kat sini... amende la yang dibuat..ahkak pun tak sedar.
Lepas ni kita pi Makam Mahsuri pulak yer... macam rombongan skolah laks..
Tiket masuk dewasa RM5, kanak² RM3
Round² dalam tu, takde ape sangat pun, lepak minum petang..
 sambil makan peneram dan kuih karas yang dibeli kat dalam ni..
Tak buat apape pun makan 2 jam gak la kat sini... pas ni ke mana plak?



Incik ayah nak ke Jalan Bayas carik gamat kering n herba tongkat ali,
member opis kirim. Ahkak lak nak beli gamat susu kambing, my sista kirim.
Berhenti di Nusantaramaju Ent. gamat kering takde.. ok takpe

Lepas tu balik hotel la.. budak² dah penat bangat. Lalu di kawasan bukit
'pemandangan indah', nak la tinjau jap tapi bebudak sumer dah lelap..
teruskan perjalanan ke Padang Matsirat. Incik ayah kata singgah jap la
kat Beras Terbakar dah alang² ni kan... Tengok signboard ada tapi
takde arrow.. aik? mana pulak beras terbakar ni? Tengok map, kat Atma Alam je
tapi tak jumpa pon... last tanya orang kat Petronas...
Rupanya dah salah jalan.. sampai sana tengok lengang jer..
dah kul 6.00 pm tutup dah kot.. rasa cam malas je nak turun ahkak pun
gitau incik ayah suh balik jer... tu baru 4 tempat, dah penat.

Rupanya time² petang gini, Pantai Cenang happening dengan gerai bergerak
di tepi jalan.. cam best jer, ada rojak, cendol, laksa n memacam lagi..
tapi tak berenti pun, nak balik hotel cepat.. penats.

to be continue... (kisah tsunami)


Mari baca lagi...

Wednesday, April 18, 2012

Travelog @ Langkawi - Part 1

Akhirnya tiba masanya untuk berholiday yang telah dirancang dari tahun lepas lagi.
Pergh... lama siot... yang pastinya anak2 la yang paling hepi... pestaim naik eroplen!


Sebelum tu nak citer la skit expenses ahkak ke sana...
1. Tiket Air Asia buk pada Mei 2011, dapat seat 10¢ tuuu... entrinya di sini...
gedebuk gedebak... tiket pergi balik 5 orang + baggage 20kg + tax = total RM142

 2. Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi @ Federal Villa
Buk bulan Feb 2012 lagi.. RM77 x 2 hari = RM154


Day 1 : 10.04.2012 (Selasa)

Bergerak dari Putrajaya Sentral → Salak Tinggi → LCCT @ RM19
Flight kul 9.15 malam, tunggu punya tunggu, akhirnya 9.45 pm baru fly..

10.40 pm sampai di Airport Langkawi, terus jumpa member yang buk kan kete sewa.
Kereta Nissan Sentra @ RM100 x 2 hari. Isi minyak RM40

Gi hotel dulu... menyusuri Pantai Chenang.. 
wah.. dah happening area Underwater World ni.. cam 'walk-walk' dah..
Last skali ahkak pergi tahun 2006, takde la semeriah mana area ni..
Check-in hotel, then kuar balik nak pergi makan.. sumer lapor.
Ke restoran dekat2 hotel tu je - Restoren Mangga.
Air ais2 (4) + pelbagai nasi goreng (3) = RM23.

Lepas makan, balik tido la.... 
dah kul 12.30 am, area hotel gelap gelita,
sumer bilik pun gelap jek.. tak ramai kot duk sini,
cam seram la pulak...

to be continue....

Mari baca lagi...

Monday, April 9, 2012

Web Hosting + Kek Lapis GIVEAWAY

Web Hosting + Kek Lapis GIVEAWAY:





Salam sejahtera kepada peminat kek lapis, disini kami mengadakan GIVEAWAY Kek Lapis Sarawak kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai. 

Cara Penyertaan:
1.Copy entry ini tanpa mengubah apa-apa bermula dari perkataan "Web Hosting + Kek Lapis GIVEAWAY" dekat atas tu sampai "WoahZone.Net" pada bawah post ini dan postkan di dalam blog anda. Caranya highlight entry ini kemudian tekan "Ctrl + C" kemudian pergi ke post anda kemudian tekan "Ctrl + V" tanpa mengubah apa-apa pun. 

2.Kemudian email kepada kami link post blog yang anda buat tadi ke keklapisborong@gmail.com agar mudah untuk kami membuat cabutan. Jika anda tidak mempunyai blog boleh mendaftar percuma di blogger.com. Kami menerima walaupun blog masih baru. Apa sahaja format blog kami akan terima.

p.s Hubungi kami melalui email keklapisborong@gmail.com atau SMS 013-5711762 untuk sebarang pertanyaan mengenai GIVEAWAY ini =)

"Pemenang akan dibuat melalui cabutan!"


*Setiap SEORANG dari 5 pemenang bertuah akan mendapat 2biji kek lapis daripada kami bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM50. 

*Pemenang boleh memilih kek kegemaran mereka dan akan dihantar dalam masa seminggu selepas GIVEAWAY ini tamat.


Tarikh tutup penyertaan adalah 13/04/2012 atau lebih awal bergantung kepada penyertaan.

Pesanan penaja:

Multiple domain web hosting in a simple definition is a hosting plan that can support or let you host more than one domain name. Sometime it also known as unlimited domain hosting because for some hosting plan it give the advantage to users to host as many domains as they want in one hosting. There are so many hosting plan that you can choose between thousands of web hosting provider companies all over the world. Most of them offer similar features to attract the customer and the best part is you can get the best for you at a very low price.

Multiple domain web host always come with other great features that needed by any websites whether it the new site or the old one. Because of the high competitive in providing the best for buyers between the hosting companies it give so much benefit to buyers. There are a lot of great features offered to eat up their competitors.

There are many cheap multiple domain web hosting plans that you can choose and most of it are at a very affordable price. Most of these web hosting plans not just offer the multiple domain hosting or the unlimited domains but also provide you other great features like unlimited email, unlimited web space, unlimited bandwidth and unlimited MySQL databases. All these features are what you really need to improve your business because you need the best to become the best and that what I believed.

Regards
Mari baca lagi...

Thursday, April 5, 2012

Berjaya juga derma darah

Ni kisah 28 Mac lepas tapi malas nak hapdet, baru skang nak nulis..

kali ni hepi la sesangat... 
ye la sebab sebelum ni ahkak pernah gagal (dah setahun tu..)
tak sia-sia dengan persiapan rapi yang dibuat, ahkak telah berjaya..
(siap makan kerang tu... untuk naikkan Hb)

tu pun, berdebar debar takut tak lepas.. 
ahkak tipu kata tidur dalam 6 jam padahal 4 jam jer..
(minimum kena lebih 5 jam tidur)
okeh, ahkak melayan game zombie malam tu, 
tersedar pun sebab dah tersenguk senguk depan pc... hahaiii

ekceli masa tengah sedut darah tu, ada rasa fening lalat skit
tapi ku diamkan sajer.. malas nak layan diri kang menjadi-jadi.
dah settle tu balik opis berlenggang, rasa dingin dan ringan jer tanganku
puas hati dan gumbira dapat memberi sumbangan kecil.


Ni la masa untuk show off ngan orang sebelah yang penakut darah tu...
Tengah snap gambar jajan free tetiba rasa basah hujung lengan baju..
Ya Allah... darah meleleh-leleh..cukup untuk membasahi hujung lengan 
baju kurungku... sib baik baju ahkak kaler hitam merah
agaknya masa ahkak rasa dingin tadi tu kot dia meleleh..

Agaknya tak tekan tepat kat lobang jarum tadi, tu yang kuar balik darah tu.
Tetiba rasa nak fengsan nengok darah sendiri.. tapi purak purak kuat.. 
hahaha...  bocor rahsia aku..

Mari baca lagi...

1st Giveaway by Six e'Craft

dah lama post ni terperap dalam draft.. 
ahkak baru terperasan tarikh tamat tempoh GA ni 6 April, 
fuh sib baik masih sempat join..

to carljy, sweetmama and uols..
Mari baca lagi...

Wednesday, April 4, 2012

Yeay.. mekasih Rainbows GA


hahahaha... nampak tak tu...??
alhamdulillah, berjaya jugak kali ni..
hadiah kali ni top up rm10

patut la ahkak rasa berat je hati nak top up dua tiga hari ni..
kredit dah tinggal sen2 je aku bertahan juga...
rupanya ada 'sign', tapi ahkak tertop up jugak ada imigensi call
waktu pagi sebelum dapat mesej dari cik chemist..

apape pun... mekasih daun keladi
Mari baca lagi...