Monday, October 22, 2012

Menang Cincin Emas

Wah.. wah.. wah..
Cam tak caya je ahkak dapat cincin emas free.
Iya.. betul betul free ni.. tak tipu..

Camne leh dapat free..?
Ahkak telah menjoinkan diri dalam contest kat FB.
Tu la sebabnya dah tak berapa layan blog.. hahaha kantoi

Ahkak meme dah lama dok usha nak simpan emas buat 
invesment untuk masa depan.. tapi bukan cara pelaburan skim ea...
tak mao.. tak mao..! Kang sendiri yang susah..

Ahkak juga berkesempatan attend seminar emas, just untuk
tahu lebih lanjut dan gali ilmu emas.. so rasa cam minat laks...
So, my target nak kumpul emas mulai Januari 2013!!
Ya.. itu azam saya.. sapa mao join?

Apape pun.. tq so much to Ihsan kerana amat bermurah hati
bagi cincin free.. nanti akak roger2
 

Mari baca lagi...

Wednesday, October 17, 2012

Lee Chong Wei dah kahwin

posing ala² Korean.. awesome

"Bagai pinang dibelah dua." 
Itulah kata yang tepat untuk menggambarkan pasangan badminton negara, 
Dato' Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. 

Selepas menanti dan merahsiakan percintaan mereka selama 11 tahun, 
pasangan ini memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka tanggal 
10 November akan datang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Dato' Lee Chong Wei memberitahu kesabaran yang ada pada bakal isterinya yang juga merupakan pemain badminton wanita nombor satu negara itu membuat hatinya tertawan.
"Kami berkenalan sejak 11 tahun yang lalu ketika masih di zaman remaja. Hubungan kami pernah terlerai sepanjang tempoh tersebut. Sudah tentu terdapat salah faham yang timbul di antara kami tetapi dia sentiasa berada di sisi saya. 

"Dia kenal dan mencintai saya sejak saya bukan lagi di kedudukan sekarang dan ia tidak pernah berubah. Dia sudah lama menunggu saya. Dia seorang yang penyabar dan saya sukakan kualiti itu dalam dirinya," ujar Chong Wei yang bakal menginjak usia 30 tahun pada 21 Oktober ini. 

Perancangan perkahwinan mereka hampir tergendala kerana nenek Mew Choo meninggal dunia baru-baru ini. Menurut adat orang Cina, mereka perlu berkahwin dalam tempoh seratus hari selepas pengebumian atau menunggu selama tiga tahun lagi.
"Tidak mungkin saya akan menunggu lagi tiga tahun. Jika menunggu, saya sudah terlalu tua untuk berkahwin," katanya lagi. 

Chong Wei turut menjelaskan dia tidak bimbang kehilangan peminat wanita 
selepas berkahwin nanti.
"Berkahwin dan bermain badminton adalah dua perkara berbeza. 
Saya yakin, kebanyakan peminat lebih fokus dengan karier badminton saya berbanding hal peribadi. Saya teruja untuk mengahwini Mew Choo tetapi saya yakin tidak akan kehilangan peminat saya. Ia tidak akan menjejaskan apa-apa." 

Chong Wei memberitahu dia turut menjemput 'musuhnya', Lin Dan dan isteri, Xie Xingfang namun kurang pasti sekiranya mereka akan hadir kerana pertandingan China Terbuka akan bermula pada 13 November sehingga 18 November.

p.s : TAHNIAH LCW & WMC..

sumber The Star & Yahoo
Mari baca lagi...