TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara

 

Bulan Oktober merupakan bulan kesedaran Kanser Payudara
Ia merupakan kempen tahunan untuk meningkatkan kesedaran 
mengenai penyakit ini.Kebanyakan orang tahu tentang kanser payudara, 
tetapi tidak mengambil langkah untuk mengesan penyakit ini 
pada peringkat awal. Ada di kalangan wanita yang mempunyai gejala-gejala 
kanser payudara, enggan tampil untuk mendapatkan nasihat doktor. 
Mereka enggan menerima kenyataan bahawa sesuatu yang serius 
sedang berlaku dan mereka beranggapan bahawa perkara itu 
akan hilang dengan sendirinya sekiranya mereka tidak mengendahkannya. 
Pemikiran begini adalah amat merbahaya dan merugikan pesakit itu sendiri.

Apa yang anda boleh menyumbang pada Oktober ini?
Bagi wanita, melakukan Pemeriksaan Payudara Sendiri (PSP)
setiap bulan dan menggalakkan rakan-rakan dan tersayang 
berbuat demikian juga. Bagi kaum lelaki, tolong sebarkan kesedaran 
melalui perkongsian informasi ini dengan rakan-rakan wanita dan keluarga.

Insya Allah ahkak akan buat entri tentang Kanser Payudara 
sepanjang untuk bulan Oktober ini