31.01.2014 (Jumaat)
Punya la lama my sis in law (SIL) planning, akhirnya alhamdulillah
dapat juga kami makan ikan bakar nun di Jeram, Selangor.
Katanya restoran di very the femes and always crowded...
Kami tiba sana dalam kul 4.30 petang untuk lunch+dinner
tu pun dah ramai..
tempat makan terbuka
Kami pilih tempat makan berteratak sea side - 'SAUNG'
caj RM10 untuk small family dan RM20 big family
Dah rezeki kami, sampai je ada tempat baru dikosongkan.
Then kami kembali ke kaunter depan untuk pilih menu :
ikan siakap steam, kupang pedas, sotong salut tepung,
ketam lembut goreng, udang butter, tomyam ayam,
air tembikai 2 jag
Makan untuk 6 orang dewasa dan 2 kanak-kanak total RM170++
ok la tu.. puas hati juga. My SIL kata biasa dia sefamily (3 orang)
makan menu yang sama total lebih kurang RM110 gitu..
see...punya le panjang beratur
Makan pun dah kenyang tapi takleh duduk lepak lama-lama
coz ada yang dah 'menunggu' kami berangkat... sian pulak.
Memandangkan hari ni cuti tahun baru cina, ramai yang
datang makan-makan bersama keluarga.
Dengan menu, suasana dan harga, saya boleh bagi
Restoran Aroma Ikan Bakar 4 BINTANG!
4/5 ★★★★