Friday, October 30, 2020

Tuesday, January 30, 2018

Review Goodday green tea milk



i l♥ve green tea milk
Anaknda hakak bagitau "ibu, ada air kotak green tea baru... beli la... #gooddaymilk punya"
Hakak gigih la cari kat kedai runcit n pasaraya area rumah tapi hampeh tak jumpa.
One day stop kat Petronas nak isi minyak, anaknda masuk Kedai Mesra nak beli something.
Balik ke kereta dia hulur air kotak green tea... "ada je jual kat sini ibu..."
ooooohhh... sedapnya! Sama rasa cam selalu hakak beli dalam big cup tu..
So ni dalam small pack ok la kan, nak bawak gi travel pun senang..
tapi bagi hakak tak cukup 1 beb! #gooddaymilk please buat dalam pek 1 liter






Mari baca lagi...

Friday, January 5, 2018

Dah cuba Har Mee perisa udang?

Beberapa tahun lepas (tak ingat bila) hakak ada makan mee segera perisa udang. Tu pun kebetulan dapat pree 1 pek. Tapi taste dia 'out', cannot go betul la... tak ingat brand apa tapi kat depan tu ada tulis Har Mee. Tahun ni dapat pree lagi Har Mee perisa udang. Otak ni dah link dengan peristiwa cannot go tu tapi nak cuba jugak... Meh la kita cuba yok!

Brand Ibumie... 


masak la cam biasa 

Ini bumbunya.. perencah la, ko ni... 

Hakak main campak je semuanya masa mee dah lembut kecuali bawang goreng

Dah siap barulah ditabur bawang gorengnya

Jemput makan...!

Sedor2 habis licin plak... harharharharmee.. Uish sedap plak kali ni! Agaknya dorang dah adjust rasa kot. Memang betul betul ho liao ma... Apsal baru skarang hakak tau ianya sedap??? kenapa dulu tak sedap? Tak mungkin expired sebab bila rasa cam tak best tu akak check expired date. Takpe la abaikan kisah silam...
Tapi this one hakak rekemended... barang baik mesti disebarkan!


Mari baca lagi...

Tuesday, February 4, 2014

Sejuk hati mendengarnya

Memula ahkak rasa meremang bulu roma sumer..
Peh tu terasa menusuk di kalbu..
Bergetar jiwa mendengarnya..
Dimainkan berulang-ulang pakai headphone..
pergh...

Mari baca lagi...

Friday, January 31, 2014

Restoran Aroma Ikan Bakar Jeram

 31.01.2014 (Jumaat)

Punya la lama my sis in law (SIL) planning, akhirnya alhamdulillah 
dapat juga kami makan ikan bakar nun di Jeram, Selangor.
Katanya restoran di very the femes and always crowded...
Kami tiba sana dalam kul 4.30 petang untuk lunch+dinner
tu pun dah ramai..

 tempat makan terbuka

 Kami pilih tempat makan berteratak sea side - 'SAUNG'
caj RM10 untuk small family dan RM20 big family

 Dah rezeki kami, sampai je ada tempat baru dikosongkan.
Then kami kembali ke kaunter depan untuk pilih menu :
ikan siakap steam, kupang pedas, sotong salut tepung,
ketam lembut goreng, udang butter, tomyam ayam,
air tembikai 2 jag

 Makan untuk 6 orang dewasa dan 2 kanak-kanak total RM170++
ok la tu.. puas hati juga. My SIL kata biasa dia sefamily (3 orang)
makan menu yang sama total lebih kurang RM110 gitu..

see...punya le panjang beratur

Makan pun dah kenyang tapi takleh duduk lepak lama-lama 
coz ada yang dah 'menunggu' kami berangkat... sian pulak.
Memandangkan hari ni cuti tahun baru cina, ramai yang
datang makan-makan bersama keluarga.
Dengan menu, suasana dan harga, saya boleh bagi 
Restoran Aroma Ikan Bakar 4 BINTANG!
4/5 ★★★★


Mari baca lagi...

Sunday, January 5, 2014

Lalat Bot Manusia, Lalat Yang Mengerikan


Lalat ni lebih femes dengan nama 'BOT FLY'.
Nak tau lagi pasal lalat ni, kena baca link ni..

Mari baca lagi...

Wednesday, October 16, 2013

Ayat-Ayat Al-Quran untuk Merawat Kanser

Kaedah terbaik untuk mengubati sesuatu penyakit haruslah melibatkan dari aspek
fizikal dan juga spiritual. Ini adalah kerana aspek-aspek spiritual juga
memainkan peranan dalam sistem imunisasi seseorang itu.

Jadi dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran merupakan salah satu
cara spritual yang boleh dicuba dalam mengubati sesuatu penyakit.
Gabungkan cara fizikal seperti kawalan diet, senaman, cara hidup
dengan cara spritual seperti penggunaan ayat-ayat al-Quran, dengan izin tuhan pesakit akan sembuh dengan lebih cepat.


Ahkak nak kongsi beberapa ayat-ayat Al-Quran yang dapat digunakan 
bagi merawat kanser yand dipetik daripada website 1khalifah.

Untuk mengecilkan sel-sel kanser
Surah Thahaa 105-107 (baca 7 x)

Untuk membunuh sel-sel kanser
1. Surah Al Qalam : 1-5
2. Surah Al Qalam : 16 - 20 (baca 7 x , ulang ayat ke 20 - 20 x)

Untuk sembuh dari kanser
1.  Al Fathihah
2.  Al Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3.  Ali Imran 1-5, 18, 26-27
4.  Al A'raf 54-56, 117-119
5.  Yunus 80-81
6.  Thahaa 65-69
7.  Mukminun 115-118
8.  As-Shaafaat 1-15
9.  Al Rahman 31-34
10.  Al Hasyr 21-24
11.  Al Mulk 3-4
12.  Al Qalam 3-4
13.  Al Jinn 3
14.  Al Kafirun
15.  Al Falaq
16.  An Nas

Bacalah kesemua ini pada air untuk diminum dan dibuat mandian. 
Sebaik-baiknya gunakanlah air mineral atau air zam-zam untuk air minuman. 

Bacalah kesemuanya dengan betul tajwid dan tartilnya 
serta yakin bahawa Allah dapat menyembuhkan penyakit itu. 
Allah jua yang berkuasa atas segalanya, 
Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Disamping itu juga disarankan untuk membaca 
Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub , ayat-ayat Syifa serta 
perbanyakkanlah beristigfar.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba perubatan Islam, 
boleh merujuk  dan klik link di  bawah

Ad
Mari baca lagi...

Saturday, March 16, 2013

ZALORA in da house


Yang ditunggu-tunggu telah tiba!!!
First time nih order ngan ZALORA arghh...

Ahkak berpuas hati dengan kasut yang dipilih
cuma frust yang hitam putih tu tak muat.. haish!
Tak pasal-pasal dapat ke anak dara ahkak.
Muat pulak dia! Sib baik..

Selesa betul kasut hitam tu yang ada simbol N kat kasut tu. 
Nampak tak??Meme kena la dengan nama ahkak... hahah!

So next week boleh la melaram ke SABAH
hohoho..
Mari baca lagi...

Friday, March 15, 2013

Kuasa Allah : Masjid Kobe Bertahan Dari Bom Atom!


Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. 
Ia dibina pada 1928 di sebuah kawasan yang bernama Nakayamate Dori, Chuo-Ko. 
Kobe di dalam bahasa Jepun bermaksud Gerbang Tuhan (Gate of God). 
Pada tahun 1945, Kobe telah terlibat dengan perang dunia kedua 
yang menyaksikan peperangan di antara Amerika dan Jepun 
di mana pihak Amerika telah memutuskan untuk mengugurkan bom atom 
ke atas beberapa bandar di Jepun. Peperangan itu menyebabkan Jepun kalah teruk 
di mana dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima menjadi tanah rata. 
Bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Ketika bangunan sekitarnya 
menjadi hampir rata, Masjid Kobe tetap berdiri tegak! Masjid ini hanya 
mengalami keretakan dan cerminya pecah. Kekukuhan Masjid Kobe diuji sekali lagi apabila 
gempa bumi paling dasyat berlaku ada 1995 tepat pada pukul 5.46 pagi Selasa. 
Ia masih lagi berdiri utuh! Begitu besarnya kuasa Allah SWT. 
Sehingga kini Masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, 
seakan tidak bergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana. 
Lihat gambar-gambar di bawah ini..




sumber : MyNewsHub
Mari baca lagi...

Saturday, February 16, 2013

KEMBALI SEPERTI SEMULA

 

SEMUA KEMBALI SEPERTI SEMULA
Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa solat;
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu;
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan;
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira;
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis atas Kepergianmu.

Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah;
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu, telah memasukkan kamu kedalamnya setelah mati.

Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan;
Ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu;
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran;
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". (Surah Al-'Asr)
Mari baca lagi...