Tuesday, November 8, 2011

Aku berkorban


Ahkak rasa dah lama tak balik kampung..
kejap tak kejap jadi 
akhirnya jadi juga balik raya haji.
Itu pun sebab mama ahkak nak buat korban,
last minit punya plan. Jadi balik tu pun sebab
alongku balik jadi somiku ada la geng dia...

5 ekor kasi tumbang..


Masa kecik dulu tengok jauh² je tapi kali ni
dapat tengok dekat cara sembelihan.
Yang sebenonyer ahkak mana bleh tengok tragedi camni...
tapi ahkak
  • cekal
  • tabah
  • berani
  • eksyen (dalam maksudnya)
  •  dan berkorban
untuk menengoknya... yes! aku berkorban!!


SYUKUR KE HADRAT ILLAHI


Aktiviti melapah dan mengagih lembu pun kejap je siap..
teror sungguh orang kampung ahkak (padahal duk bandar).
Ramai yang berpengalaman luas dan cekap..
supsapsupsap dah settle semua dalam 1½ jam.
Mari baca lagi...

Wednesday, October 26, 2011

Deepavali dan Kolam

Salah satu tradisi yang tersendiri budaya Tamil India adalah "Kolam" yang indah dilukis dalam warna ceria. "Kolam" merujuk kepada karya seni hiasan dilukis di atas lantai di hadapan dewa-dewa di bilik-bilik Puja atau di hadapan rumah semasa perayaan Diwali. Selalunya tepung beras yang dicampurkan dengan serbuk warna menambah daya tarikan tambahan digunakan untuk membuat lukisan-lukisan di atas tanah yang basah / lembab sebelum ia ditaburi dengan air.

Ia adalah tradisi lama budaya keluarga India yang diperturunkan generasi ke generasi. Biasanya dilukis oleh ahli-ahli wanita keluarga untuk mengalu-alukan pelawat dan juga Lakshmi, dewi kemakmuran ke rumah mereka. Anak gadis akan belajar karya seni ini daripada ibu, nenek atau makcik mereka.

Meletakkan "Kolam" di hadapan rumah-rumah menjadi amalan penting di kampung-kampung. Tetapi malangnya amalan ini menjadi hampir pupus di bandar-bandar metropolitan di mana lebih banyak tinggal di dalam bangunan pangsapuri tinggi.

Jom layan cara buat KOLAM... bukan kolam mandi tau 

memula buat lakaran guna tepung beras putih

OK saya dah siap! Lepas ni nak kasi kaler plak...

ini tepung beras yang telah diwarnakan.. cantik dowh

tabur la tepung berkaler pula..

TADAA!!! Ini la hasilnya...
 

 

Kreatifkan kaum wanita India ni...
HAPPY DEEPAVALI


Mari baca lagi...

Tuesday, October 25, 2011

Nenek punyai 247 cucu cicit

Seorang wanita Muslim Filipina, Bai Ulan Kudanding memecahkan rekod dunia dalam Guinness World Book of Records kerana mempunyai keluarga terbesar dan teramai di dunia.

Kudanding yang mempunyai seramai 247 orang cucu mengalahkan rekod lama yang dipegang oleh pasangan daripada United Kingdom dengan bilangan cucu seramai 99 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 107 cucu, 138 cicit dan dua cicit-cicit. Bagaimanapun, Kudanding masih mengingati nama anaknya seramai 14 orang.

Utusan Malaysia


Mari baca lagi...

Friday, October 21, 2011

Rilekskan mata

SUBHANALLAH
Pasti korang akan teruja akan hasilnya!

Mari baca lagi...

Wednesday, October 19, 2011

WW1- Wordless Wednesday #1

POOR MARSYA
diarrhea from 15/10 - 18/10


Mari baca lagi...

Friday, October 14, 2011

Kacang bersalut perisa wasabi

Alkisah aku tingin nak makan kacang peas yang bersalut,
ternampak ada perasa ke perisa wasabi.. ah sama jek bagi aku. 
Boleh la try sebab aku memang nak try rasa mende alah wasabi ni 
tapi malas la beli kat tempat sushi, kan... padahal tak suka sushi

ada bran? cer try la...

Esoknya bawa kat opis, sambil² buat kerja leh la ngunyah.
Amik sebijik masuk mulut... wat da rasa...? Cenggini rasa lu wasabi?
Tengok citer jepun orang makan wasabi cam best jek macam
makan sambal belacan tapi ngupe nyer... camne nak diskraip ye..
rasa pahit² skit dan gasnya menusuk hidung sampai bleh berair mata.
Aku rasa takleh blah.. putus selera aku nak ngunyah², so aku pas kat DikYun,
member sebelah aku. Sib baik dia OK, pasal dia dah penah try wasabi.

Tengah aku sembang pasal masalah deria rasa aku ngan dia, lalu la sorang
hamba Allah ni tegur 'apa tu?' . 'Amik la... banyak skit'
masuk jek mulut dia... 'wei.. apa ni, ko saje nak kenakan aku yer'
'hahaha.. apa lak kenakan.. dah lu nak, wa bagi la'
lantas dia hulur kat orang len dengan peket² skali.
Apa lagi menjerit la orang tu.. 'WOI!! ni apa ni? Minyak pelita ke petrol
ko bagi aku ni...? 'Bukan aku punya... neng!' 'Tak baik ko neng, pedajalkan orang'
Pulok dah! Bila masa aku pedajalkan orang, aku sendirik pun terkena!

hahaha.... kesimpulannya di sini ialah
bukan aku sorang je yang tak penah makan wasabi.. dorang pun sama!
Apa pun kacang itu habis juga dimakan oleh DikYun dan aku...
pulun slow² sedap gak dowh..

Aku bagi markah 4/10 to CRIS Wasabi Coated Green Peas
Mari baca lagi...

Monday, October 3, 2011

Camera vs Pensel

Ben Heine, pelukis Belgium mencipta karya-karya seni yang unik 
dengan menggabungkan gambar yang berwarna-warni 
dengan lukisan pensil terperinci. WOW! so amaze...
JOM LAYAN...!







Mari baca lagi...

Saturday, October 1, 2011

Penyapu dan rasuah


594 batang penyapu dipacakkan di hadapan bangunan Kongres Kebangsaan Brazil 
oleh sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang dikenali sebagai 
Pergerakan Sungai Keamanan

Tindakan itu dibuat sebagai simbolik bagi menggesa pemerintah membasmi 
gejala rasuah di Brazil.

Jumlah penyapu yang dipacak itu bersamaan dengan jumlah timbalan dan 
senator yang menganggotai Kongres Kebangsaan Brazil.

* kasi sapu semua perasuah itew...
kosmo





Mari baca lagi...

Friday, September 30, 2011

Idea kempen barah payu dara

Apakah idea kempen barah payudara itu?

American Eagle Outfitters telah mencetuskan idea untuk menggantung
4,000 helai bra di atas wayar sepanjang jambatan Hot Metal Bridge
yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini,
negeri Pennsylvania.

Kempen ni bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai
tentang bahayanya penyakit barah payu dara.


Bra berbagai saiz dan berwarna warni yang digantung itu
berkibar-kibar ditiup angin telah berjaya menarik perhatian para pengguna
jambatan berkenaan serta pihak media.

Semua bra tersebut akan digantung selama tiga minggu sebelum
ianya dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

- Agensi



Mari baca lagi...

Patutkah aku...?

FUYYOOO...
Lama tul aku tak hapdet
bukan sebab malas, memang banyak story nak ditulis
tapi tu la kan... bz? takde masa? penat?
ok la... kalo nak kata aku malas kata la...
so camne ngan draft stories aku yang terperap tu...
patut ke direleasekan? cam tak kena je...
ada citer pasal posa, raya.. tapi mood tu sume dah habis
cam tak sesuai je nak story... padan muko aku..
SO?

entri tergantung...

Mari baca lagi...