Wednesday, December 21, 2011

Free Shoutmix dihentikan 1 Januari 2012

shoutmix nak caj tahun depan..
akak baru perasan notisnya...


so.. akak bertukar kepada cbox plak..
mekasih shoutmix..
Mari baca lagi...

Duit baru 2012


Duit kertas baru ni akan dikeluarkan pada Julai 2012.
Cantik pulak Ringgit Malaysia baru ni.. cam duit saidina!

Mari baca lagi...

Tuesday, December 13, 2011

Jom menang handbag COACH


Peluang untuk memenangi 100% Authentic Coach Ashley Patent Satchel 
bernilai RM1,067 dari Haute Avenue

Macamana nak menang nie...?
Owh sungguh senang dan mudah.. tak perlu kuar sesen pown..
Tapi hadiah ni 1 je tau.. kira ni LUCKY DRAW la..



Caranya :

1. Register di sini

2. Klik ‘Buy’ dan pastikan korang terima sijil / certificatedalam akaun korang. Nombor certificate tu kiranya penyertaan korang la. Kalo nak lebih peluang menang tu, ajak la kawan² join... nanti korang dapat no. certificate dengan setiap penyertaan kawan korang.

3. Cabutan secara rawak akan dijalankan untuk memilih nombor satu sijil bertuah. Tunggu pengumuman nombor yang bertuah tu pada 22 Dis 2011 ni... 

Meh la join mende ni ye...
Mari baca lagi...

Friday, December 2, 2011

Test beli di Milk A Deal

 Mini Pavlova

8 pcs RV & 8 pcs Butterscotch cupcakes

Akhirnya aku terbeli gak kat MilkADeal
 Tengok je pun dah meleleh air liur.
Harga pun leh tahan RM39 untuk dua² tu daripada RM80.
Sedap siut... tak rugi wa beli ni... lazat wooo...

First time merasa pavlova, tertanya² juga apekemendealah,
rasanya tak menghampakan, ala² macaroon besar
yang diletakkan krim dan fresh fruit.. i like..
harap MyMiniMuffin buat lagi harga murah camtu!


Mari baca lagi...

Monday, November 28, 2011

Kenduri kawin





Selamat Pengantin Baru Amy & Nurul
26.11.2011 (pihak lelaki)
Majlis yang sederhana tapi meriah
dengan tema merah kelabu menyerlahkan suasana

Mari baca lagi...

Wednesday, November 16, 2011

Jenjalan ke Karangkraf

Sesekali ikut rombongan cik kiah best jugak...
Lagipun dah lama aku nak ke Karangkraf, kalo
nak pegi sendiri memang tak sampainye.

shopping buku kat sini leh dapat 15% less lagi
buka setiap hari 9 pagi - 9 malam

cantik ruang ni

studio CSI baru

eh eh... cam kenal je bro...

aku mencuba bakat... lawo tak kucin tu.. kui³

wah... bleh tempah kat sini jugak
bukan ceklat yer tapi cover wrap tu..

TERIMA KASIH KARANGKRAF
KALO ADA ORANG BAWAK KE SANA
AKU IKUT JER...
Mari baca lagi...

Sunday, November 13, 2011

Mini Sukan Zon Tengah

 GO! GO! GO! HQ GO!

12.11.2011 Mini Karnival Sukan bagi Zon Tengah
di ILSAS, Bangi bagi acara bola sepak, bola tampar, bola jaring,
sepak takraw, badminton, ping pong dan karom.
Kalo menang layak gi Karnival Sukan Jabatan di Johor Disember nanti.
So... berentap la WPKL, Selangor & Putrajaya untuk menang..

model apam dotz

Ahkak hanya nyebok dalam team netball ajer...
Saje nak bagitau yang apam dotz tu ahkak yg buat... berlagak seh...
walaupun team ahkak tak menang tapi kami tak kalah teruk...
'kalah bermaruah tapi menang gaya' kata team ahkak
OK la tuh...
Mari baca lagi...

Tuesday, November 8, 2011

Aku berkorban


Ahkak rasa dah lama tak balik kampung..
kejap tak kejap jadi 
akhirnya jadi juga balik raya haji.
Itu pun sebab mama ahkak nak buat korban,
last minit punya plan. Jadi balik tu pun sebab
alongku balik jadi somiku ada la geng dia...

5 ekor kasi tumbang..


Masa kecik dulu tengok jauh² je tapi kali ni
dapat tengok dekat cara sembelihan.
Yang sebenonyer ahkak mana bleh tengok tragedi camni...
tapi ahkak
  • cekal
  • tabah
  • berani
  • eksyen (dalam maksudnya)
  •  dan berkorban
untuk menengoknya... yes! aku berkorban!!


SYUKUR KE HADRAT ILLAHI


Aktiviti melapah dan mengagih lembu pun kejap je siap..
teror sungguh orang kampung ahkak (padahal duk bandar).
Ramai yang berpengalaman luas dan cekap..
supsapsupsap dah settle semua dalam 1½ jam.
Mari baca lagi...

Wednesday, October 26, 2011

Deepavali dan Kolam

Salah satu tradisi yang tersendiri budaya Tamil India adalah "Kolam" yang indah dilukis dalam warna ceria. "Kolam" merujuk kepada karya seni hiasan dilukis di atas lantai di hadapan dewa-dewa di bilik-bilik Puja atau di hadapan rumah semasa perayaan Diwali. Selalunya tepung beras yang dicampurkan dengan serbuk warna menambah daya tarikan tambahan digunakan untuk membuat lukisan-lukisan di atas tanah yang basah / lembab sebelum ia ditaburi dengan air.

Ia adalah tradisi lama budaya keluarga India yang diperturunkan generasi ke generasi. Biasanya dilukis oleh ahli-ahli wanita keluarga untuk mengalu-alukan pelawat dan juga Lakshmi, dewi kemakmuran ke rumah mereka. Anak gadis akan belajar karya seni ini daripada ibu, nenek atau makcik mereka.

Meletakkan "Kolam" di hadapan rumah-rumah menjadi amalan penting di kampung-kampung. Tetapi malangnya amalan ini menjadi hampir pupus di bandar-bandar metropolitan di mana lebih banyak tinggal di dalam bangunan pangsapuri tinggi.

Jom layan cara buat KOLAM... bukan kolam mandi tau 

memula buat lakaran guna tepung beras putih

OK saya dah siap! Lepas ni nak kasi kaler plak...

ini tepung beras yang telah diwarnakan.. cantik dowh

tabur la tepung berkaler pula..

TADAA!!! Ini la hasilnya...
 

 

Kreatifkan kaum wanita India ni...
HAPPY DEEPAVALI


Mari baca lagi...

Tuesday, October 25, 2011

Nenek punyai 247 cucu cicit

Seorang wanita Muslim Filipina, Bai Ulan Kudanding memecahkan rekod dunia dalam Guinness World Book of Records kerana mempunyai keluarga terbesar dan teramai di dunia.

Kudanding yang mempunyai seramai 247 orang cucu mengalahkan rekod lama yang dipegang oleh pasangan daripada United Kingdom dengan bilangan cucu seramai 99 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 107 cucu, 138 cicit dan dua cicit-cicit. Bagaimanapun, Kudanding masih mengingati nama anaknya seramai 14 orang.

Utusan Malaysia


Mari baca lagi...