Wednesday, April 4, 2012

Yeay.. mekasih Rainbows GA


hahahaha... nampak tak tu...??
alhamdulillah, berjaya jugak kali ni..
hadiah kali ni top up rm10

patut la ahkak rasa berat je hati nak top up dua tiga hari ni..
kredit dah tinggal sen2 je aku bertahan juga...
rupanya ada 'sign', tapi ahkak tertop up jugak ada imigensi call
waktu pagi sebelum dapat mesej dari cik chemist..

apape pun... mekasih daun keladi
Mari baca lagi...

Friday, March 30, 2012

Mari berEarth Hour

Secara jujur la kan... korang pernah tak join kempen earth hour...?
Ahkak setakat ni, masih belum miss sapot earth hour ni..
eleh.. takat tutup lampu 1 jam, apede hal? 
Peh tu ahkak suka ngintai ke luar jendela nak nengok 
sape lagi yang sayangkan bumi..
So enkorang... jangan lupa join sama esok, 31 Mac 2012
8.30 - 9.30 malam di rumah, kedai, kilang masing²..
Tutup lampu je.. apede hal?


ahkak nak tutup mata, tidur terus lagi baik... :P
Mari baca lagi...

Tuesday, March 27, 2012

Rainbows Giveaway by Cik Chemist


Bowsan bowsan ni... bek ahkak join GA yang mega-mega..
supaya peluang nak menang tu ada (harap² dapat la aku kali ni)
bukan apa pun saje nak bersongonok² kasi meriah GA tu..
sape mao join sila klik banner tu yer...

Mari baca lagi...

Monday, March 19, 2012

Free sample Mary Kay by Leeza


Wah, sib baik ahkak terjumpa blog nih..
Nak bagi sample free you... saper tak moa kan?
Senang jer caranya, cuma follow n bagi contact details jer..
takyah wat entri bagai.. ni ahkak sajer je wat,
kalo tak, camner korang nak tau kan...


Yang ahkak sibuk nak sangat tu bukan apa...
bebaru ni, anak dara ahkak mintak belikan mascara...
WHAT??? Iboo ko ni pun tak pakai, ada hati ko suh belikan.
So, ahkak harap dapat la itu barang..  :) 
tapi Leeza kan cumil, lawo, kiut, anggun berseri..
bagi la ahkak test sumer skali.. bleh? bleh?

So, my readers, sample tu limited to 35 person only.. grabitfast!

To Leeza :  
Selamat Pengantin Baru Ulangtahun Perkahwinan ke-10
Semoga kekal bahagia ke akhir hayat
dan Hepi Belated Besday 2U
Sampaikan wish Hepi Besday to Adli juga yer..
Mari baca lagi...

Sunday, March 18, 2012

Ekspo Perkahwinan & Fesyen 2012


Butik perkahwinan terkenal, Dios Astana Bridal 
dengan kerjasama Utusan Malaysia akan menganjurkan 
Ekspo Perkahwinan dan Fesyen sempena 
Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia 
sebagai platform kepada pengusaha produk perkahwinan 
mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Ekspo itu akan berlangsung pada 
23 - 25 Mac di Dewan Perdana, 
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 
10 pagi hingga 10 malam

Sekali lagi akak tolong mempromotekan...
sebabnya akak tingin nak pegi tapi belum tentu dapat.. huhuhu
Mari baca lagi...

Thursday, March 15, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com


Mega GA kali ni dibawakan oleh PenMerah
Jadi wokmer meh la join...

Anda diTAG olehku
.::  mama lynn  ::.
.::  faezfaezah  ::.
.::  idaida0504  ::.
.::  umi mya qayreena  ::.
Mari baca lagi...

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2012 kali ke-4


sekadar gambar hiasan

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya datang lagi...
Mari meramaikan dan memeriahkan pesta tersebut.
Kalo nak naik belon tu RM10 aje sorang... 
tu pun limited tiketnya, 300 pagi n 300 petang.
Dan ada macam² aktiviti lagi... ahh datang je la..
yang pasti belon panas kali ni HOT you...
15 - 18 Mac, Putrajaya
cam promoter lak ahkak..

Mari baca lagi...

Wednesday, March 14, 2012

Doodle Google - Origami

Doodle Google hari ni (14.03.2012) adalah sempena
memperingati Akira Yoshizawa iaitu seorang grandmaster origami.
Korang google kan la sendiri yer... ahkak nak layan origami
kat bawah ni jap... JOM!

aloh.. aloh.. comeiinyer panda ni...

lion sekeluarga

sekumpulan musician

swans


pergh.. complicated tu

creative giler

haa.. i loike tis wan...

tetiba je minat nak buat origami,
masa sekolah rendah dulu, pernah gak buat.
rasanya, ada lagi simpan nota tu,
origami ladybird n kapal layar...
nanti la check dulu..
Mari baca lagi...

Thursday, March 1, 2012

Bunga pahar menawan hati

Tadi my mama call, tanya sama ada ahkak boleh buat bunga dip untuk my bro kawin nanti.

Oh! Ahkak dah agak dah, musti ada permintaan bunga dip...
Almaklum la, ahkak ni suka skit bab buat hantaran bagai ni tapi dah lama tak buat.
tapi sad to tell, ahkak tak pernah cuba lagi buatnya walau keinginan tu ada..
nak cuba2 sendiri takut tak jadi, membazir je nanti dye tu nanti, dah la mahhe plok tu.

Sorang of my auntie tu pandai buat tapi takde masa lak, takut tak sempat siap.
So ahkak suh mama beli je la tapi minta dia survey rege dulu...
Ahkak pun survey2 dalam tenet, cantik² orang buat.. harga boleh tahan jugak ye..


Bunga Tisu dari http://qanasuri.wordpress.com
sangat² cantik... wah! nanti nak cuba buat la..

Bunga dip dari http://idyllart.com
Ahkak sangat kenan design ini

Ahkak rasa nak try buat la bunga tisu... pulokdah!
Nanti kalo berjaya, ahkak akan upload di sini..
kasi eksen sikit.. ape! ingat ahkak keras tangan?

Mari baca lagi...

Wednesday, February 29, 2012

Trivia 29 Februari

Bukan senang nak jumpa 29 Februari... 4 tahun sekali woo...
Jom flash back apa yang pernah berlaku pada tarikh tersebut
di negara kita ini

29.02.1956
PENUBUHAN MAJLIS GERAKAN DARURAT NEGARA
Majlis Gerakan Darurat telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri merangkap Menteri Pertahanan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Agenda utama Majlis ini ialah untuk menjelaskan kepada rakyat tentang usaha dan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam memerangi pengganas komunis. Ia juga bertujuan menangkis tanggapan segelintir golongan yang kurang pasti terhadap usaha-usaha dan keupayaan kerajaan menentang komunis. Majlis Gerakan Darurat telah berjaya memperolehi kerjasama dan sokongan daripada seluruh rakyat untuk menentang pengganas komunis, musuh utama negara secara habis-habisan bagi mewujudkan keamanan negara.
Ahli-ahli yang menganggotai Majlis ini ialah Leftenan Jeneral Sir Geoffery Bourne, Kolonel H.S. Lee, Dato Abdul Razak, Encik V.T. Sambanthan, Mejar Jeneral E.S. Lindsay dan Encik A.H.P. Humphrey.


29.02.1968 
MENTERI PERTAHANAN NEW ZEALAND MENYERAHKAN 
KAPAL TERBANG KEPADA TUN ABDUL RAZAK
Menteri Pertahanan New Zealand, Tuan D.S. Thomson telah menyerahkan dua buah kapal terbang jenis Devon kepada Tentera Udara Diraja Malaysia dalam satu upacara di lapangan terbang TUDM di Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang juga Menteri Pertahanan Malaysia menerima penyerahan kapal terbang yang dihadiahkan oleh kerajaan New Zealand itu. Sempena upacara penyerahan itu juga satu perbarisan kehormat terdiri dari 50 orang pegawai-pegawai TUDM telah diadakan. Ketika menyerahkan kapal terbang itu, Tuan Thomson menyatakan bahawa Tentera Udara New Zealand (RNZAF) dan TUDM mempunyai banyak persamaan dalam bidang tugas masing-masing dan sumbangan kapal terbang kepada TUDM itu adalah sebagai tanda persahabatan dan hubungan erat di antara kedua-dua angkatan udara.



29.02.1980
SIDANG MEDIA PERKHIDMATAN `EKSPRES KTM' BERMULA DARI 
KUALA LUMPUR KE SINGAPURA & BUTTERWORTH
Melalui satu sidang akhbar, Pengurus Penumpang Keretapi Tanah Melayu, Encik Zainal Abidin bin Abdul Talib, bertempat di Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur, telah memaklumkan kepada para wartawan, bahawa Keretapi Tanah Melayu akan memulakan perkhidmatan laju antara bandar, bergelar `Ekspres KTM', yang akan bertolak serentak dari Kuala Lumpur ke Singapura dan ke Butterworth pada pagi 1.3.1980. Pelancaran perkhidmatan itu dirasmikan oleh Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu, Datuk Ishak bin Tadim. Perkhidmatan ekspres tersebut akan berlepas serentak dari Kuala Lumpur ke Singapura dan ke Butterworth pada jam 7 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada jam 12.45 tengah hari dan di Butterworth pada jam 12.40 tengah hari. Kedua-dua keretapi tersebut akan kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang sama iaitu dari Singapura pada jam 1.15 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 7 malam manakala dari Butterworth pula pada jam 1.10 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.55 petang. Tambangnya adalah sama dengan tambang perkhidmatan `Ekspres Rakyat' iaitu $25.00 bagi tempat duduk berhawa dingin dan $15.50 untuk bukan berhawa dingin.

29.02.1986 
DATO MUSA HITAM MENGHANTAR SURAT PERLETAKAN JAWATANNYA
Dato Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah diadakan bagi membincangkan perletakan jawatan Dato Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Keputusan mesyuarat bersetuju memujuk Dato Musa Hitam agar kekal di jawatan Timbalan Presiden UMNO.

sumber : Arkib Negara & UMNO
Mari baca lagi...