Saturday, August 6, 2011

Segmen - Jom Blogwalking Bersama ZouL

Dengan mata kuyu muyu, ahkak gagahkan juga diri untuk BW..
terjumpa lak belog bro ZouL ni..

Jom JOIN meh...
sempoi punyer segmen, takyah citer ape pun
(ahkak dah tak larat bukak mata....zzzzz!)
 




Mari baca lagi...

Thursday, August 4, 2011

Mega Giveaway by Yana & Cik Putih

Maleh nak taip banyak.. tengok je la GA ni, ramai sponsor
dan ramai yang join, mana la tau ada rejeki Ramadhan ni..


MEGA GA CIK YANA  &  CIK PUTIH

senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 

Anda diTAG olehku :



Mari baca lagi...

Resipi agar-agar oreo yang glamor di Ampang

Pagi tadi sebelum gi kerja, akak terdengar dari TV3 tentang
agar-agar oreo popular di pasar ramadhan Ampang..
terkocoh-kocoh akak yg tengah bermekap nak tengok tv
tapi dah habis plak si Ally Iskandar tu bercakap..
incik somi yang cam paham je situasi ke'pinga'an akak tu pun bagitau
Si Ally tu baca paper Kosmo!
Gi opis akak bukak kosmo online punyer la lemb!
hangin je aku... tapi takpe bak kata semua informasi di hujung jari
akak pun cari je la resipi tu tapi punya la banyak version pulak...
yang mana satu popular di Ampang ni? konfius.. 
tapi akak rasa cam nak try yang ni.

Agar-Agar Coklat Oreo


Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )
  • 1/2 paket agar-agar stripe atau ( 1 paket serbuk agar-agar)
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan
  • 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara
  1. rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
  2. sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. setelah semua sebati, curah bancuhan agar-agar didalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi. 

terima kasih pada onigiri@myresipi.com
Ini untuk version coklat, yang version susu pun ada..
yang ni dicedok dari Homemade Kek

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar Konnyaku
  • 150gm gula  (ikut tahap kemanisan yang disukai - Oreo pun manis tau)
  • 800ml air
  • 1 paket Oreo kukis - boleh dihancurkan kasar atau halus atau letak sekeping2
  • 500ml susu UHT Dutch Lady (Low Fat or Full Cream)
CARANYA:
  1. ikut cara masak serbuk agar-agar tu kat bahagian belakang bungkusan agar-agar tu
  2. sementara tu, kalau nk hancurkan atau kopek je Oreo tadi boleh lah...  
  3. bila agar-agar dah masak, tuangkan susu - kacau rata atas api perlahan
  4. sendukkan ke dalam acuan - agak dalam 1/2 inci
  5. taburkan / susun Oreo atas lapisan agar-agar tadi - sejukkan
  6. bila agar-agar dah keras, tuang selapis lagi agar-agar
  7. ulang langkah 4 dan 5 sehingga habis




Mari baca lagi...

Sunday, July 31, 2011

Golden Churn Pure Creamery Butter halal ke tak ni?

Tak habis² isu halal haram butter yang popular ngan mahalnya ni..
sekejap halal sekejap tak.. akak pun konfius


wei... jangan la wat memain...
bulan posa ni mesti ramai yang guna mentega golden churn ni 
especially nak buat kek lapis..

The latest Majlis Agama Sarawak keluarkan kenyataan media
bertarikh 28 Julai 2011,yang butter ni tak halal. So, wat da ya ting?
 
sila klik kasi besou...




Mari baca lagi...

Lafaz niat puasa untuk sebulan dan berbuka puasa

Dah nak posa ni, ingat lagi tak niatnya? Tak ingat takpe..
maklum le niat setahun skali, ye dak...
Mari kita refresh kan balik yer...


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan :

  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. 

Lafaz niat setiap malam. Niat ringkas :

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala

Lafaz niat setiap malam. Niat lengkap :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Lafaz niat berbuka puasa pula :


sumber : http://ms.wikipedia.org




Mari baca lagi...

Jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2011 KL dan Putrajaya

Dah nak mula puasa ni..
meh la tengok² jadual waktu imsak dan berbuka puasa
bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya






Mari baca lagi...

Wednesday, July 27, 2011

Lagi lagi projek apam

Kali ni misi 2 hari berturut-turut.
23 July sepupuku kawin, so sajer la nak bawak buah tangan.
Bermula la misi pada malam 22 july jam 10.45 malam.
Mula dah lewat, habis pun musti lewat gak.. gedebuk gedebak
campur makan darab tengok TV tolak kemas2,
kul 4 jugak akak titun... adoi itu baru half mission.
Kena sambung esok pagi pulak...


Pagi 23 july menyambung misi semalam dengan satu adunana lagi...
dan ini hasilnya...


bertemakan tutti fruity dengan filing stroberi, bluberi dan kaya

Balik dari kenduri kawin Si Meen, meneruskan misi kedua untuk 24 july plak...
esoknya ada besday party anak buah akak, mami nya dah mintak
buatkan apam kiut untuk anaknya. Misi bermula 8.00 malam, nampaknya 
percubaan mendesign bumble bee berjaya!


Selesai je bumble bee, akak meneruskan adunan kedua dengan ladybugs plak.
Berjaya juga walaupun ini percubaan pertama.. Akhirnya kul 2 am akak titun
lepas tengok citer cina..

Hasilnya bertemakan tumble bugs (cam nama game plak!)
Filling sama jer - stroberi, bluberi dan kaya..
Hepi Besday to Nazreen ke-3 taun

Balik party dalm kul 3.30 petang, akak terus flat!
Kena cover balik waktu zzzzz aku..



Mari baca lagi...

Thursday, July 14, 2011

Tasik beku

Cantik.. sesekali tasik membeku di musim sejuk beku pemandangannya
oh! sungguh mengasyikan. Ciptaan Illahi yang Maha Agung.


yang bulat² tu, bebuih yang terperangkap di bawah air




credits Emmanuel Coupe





Mari baca lagi...

Tuesday, June 28, 2011

Pemenang cipta logo Transformer

Respect la budak ni....
Kerana berani mencuba dan submit designnya,
dia telah berjaya dipilih sebagai pemenangnya..
Ni la hasil karyanya... yang penuh kontroversi dek ketidakpuashatian mat saleh
ape lah dorang tu, LP dah pilih dia yang terbaek, korang nak kecoh2 pe hal



Remaja Malaysia Menang Peraduan Cipta Logo Antarabangsa Edisi Terbaru Filem Transformer

ALOR GAJAH, 27 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".

Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon" yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.

Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.

Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai inspirasi mereka logo itu, katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.

"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.

Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan cita-cita anaknya dalam bidang yang diminati.

"Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.

Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut.

-- BERNAMA




Mari baca lagi...

Monday, June 20, 2011

Diam seribu bahasa

Huihhh... lama tul tak hapdet! hampir sebulan dowh... 
Sesuai sangat dengan orangnya yang pendiam... ceh!
Tu le, orang berblog, ko pun sama nak ada blog gak,
pas tu takleh nak layan... cis, hangat2 taik ayem...

Plis, jangan nak wat speku, akak bizi tau. BZ!
Pepetang hari sibuk dengan xtvt sukan, memalam lak....dah keletihan! 
Ye la, bila bersukan peluh dan tenaga banyak kuar,
tu yang malam letih tu... so tido pun awal la..

Tapi takpe, akak akan try cari dan gali apape news untuk dientrikan.
Kasi hidup skit blog aku ni...

p/s: cer teka, xtvt apakah yang aku ceburi itu?

Mari baca lagi...