Thursday, August 30, 2012

Nyaris mati pos diri sendiri untuk hadiah harijadi awek

Seorang lelaki yang membungkus dirinya di dalam kotak dan diposkan kepada teman wanitanya hampir mati selepas kotak bungkusan itu telah sesat masa pengeposan.

Menurut The Sun di London, Hu Seng, dari selatan China,  
hampir lemas selepas mengirimkan dirinya ke pejabat teman wanitanya 
dalam kotak yang tertutup sebagai satu kejutan hari jadi.

Apabila kotak akhirnya tiba selepas kelewatan tiga jam, Li Wang (
teman wanita)
terkejut apabila membuka bungkusan itu mendapati pakwenya tidak sedarkan diri.

Seorang rakan Seng juga menunggu berdekatan, kononnya nak ambil gambar kejutan.

Selepas dipulihkan semula oleh paramedik, Seng berkata beliau tidak sedar 
projek suprise itu akan mengambil masa yang lama.

"Saya cuba untuk membuat lubang dalam kadbod tetapi ia terlalu tebal 
dan 
saya tidak mahu merosakkan kejutan dengan menjerit," katanya kepada The Sun.
Paramedik berkata kotak kadbod itu terlalu tebal untuk dibuat lubang udara.

p.s : Hah! Hamekk ko... tapi romantiks...