Friday, October 30, 2020
Tuesday, January 30, 2018
Review Goodday green tea milk
![]() |
| i l♥ve green tea milk |
Anaknda hakak bagitau "ibu, ada air kotak green tea baru... beli la... #gooddaymilk punya"
Hakak gigih la cari kat kedai runcit n pasaraya area rumah tapi hampeh tak jumpa.
One day stop kat Petronas nak isi minyak, anaknda masuk Kedai Mesra nak beli something.
Balik ke kereta dia hulur air kotak green tea... "ada je jual kat sini ibu..."
ooooohhh... sedapnya! Sama rasa cam selalu hakak beli dalam big cup tu..
So ni dalam small pack ok la kan, nak bawak gi travel pun senang..
tapi bagi hakak tak cukup 1 beb! #gooddaymilk please buat dalam pek 1 liter
tapi bagi hakak tak cukup 1 beb! #gooddaymilk please buat dalam pek 1 liter
Friday, January 5, 2018
Dah cuba Har Mee perisa udang?
Beberapa tahun lepas (tak ingat bila) hakak ada makan mee segera perisa udang. Tu pun kebetulan dapat pree 1 pek. Tapi taste dia 'out', cannot go betul la... tak ingat brand apa tapi kat depan tu ada tulis Har Mee. Tahun ni dapat pree lagi Har Mee perisa udang. Otak ni dah link dengan peristiwa cannot go tu tapi nak cuba jugak... Meh la kita cuba yok!
Mari baca lagi...
![]() |
| Brand Ibumie... |
![]() |
| masak la cam biasa |
![]() |
| Ini bumbunya.. perencah la, ko ni... |
Hakak main campak je semuanya masa mee dah lembut kecuali bawang goreng
| Dah siap barulah ditabur bawang gorengnya |
![]() |
| Jemput makan...! |
Sedor2 habis licin plak... harharharharmee.. Uish sedap plak kali ni! Agaknya dorang dah adjust rasa kot. Memang betul betul ho liao ma... Apsal baru skarang hakak tau ianya sedap??? kenapa dulu tak sedap? Tak mungkin expired sebab bila rasa cam tak best tu akak check expired date. Takpe la abaikan kisah silam...
Tapi this one hakak rekemended... barang baik mesti disebarkan!
Tuesday, February 4, 2014
Sejuk hati mendengarnya
Memula ahkak rasa meremang bulu roma sumer..
Peh tu terasa menusuk di kalbu..
Bergetar jiwa mendengarnya..
Dimainkan berulang-ulang pakai headphone..
pergh...
Peh tu terasa menusuk di kalbu..
Bergetar jiwa mendengarnya..
Dimainkan berulang-ulang pakai headphone..
pergh...
Friday, January 31, 2014
Restoran Aroma Ikan Bakar Jeram
31.01.2014 (Jumaat)
Punya la lama my sis in law (SIL) planning, akhirnya alhamdulillah
dapat juga kami makan ikan bakar nun di Jeram, Selangor.
Katanya restoran di very the femes and always crowded...
Kami tiba sana dalam kul 4.30 petang untuk lunch+dinner
tu pun dah ramai..
tempat makan terbuka
Kami pilih tempat makan berteratak sea side - 'SAUNG'
caj RM10 untuk small family dan RM20 big family
Dah rezeki kami, sampai je ada tempat baru dikosongkan.
Then kami kembali ke kaunter depan untuk pilih menu :
ikan siakap steam, kupang pedas, sotong salut tepung,
ketam lembut goreng, udang butter, tomyam ayam,
air tembikai 2 jag
Makan untuk 6 orang dewasa dan 2 kanak-kanak total RM170++
ok la tu.. puas hati juga. My SIL kata biasa dia sefamily (3 orang)
makan menu yang sama total lebih kurang RM110 gitu..
see...punya le panjang beratur
Makan pun dah kenyang tapi takleh duduk lepak lama-lama
coz ada yang dah 'menunggu' kami berangkat... sian pulak.
Memandangkan hari ni cuti tahun baru cina, ramai yang
datang makan-makan bersama keluarga.
Dengan menu, suasana dan harga, saya boleh bagi
Restoran Aroma Ikan Bakar 4 BINTANG!
4/5 ★★★★
Sunday, January 5, 2014
Lalat Bot Manusia, Lalat Yang Mengerikan
Lalat ni lebih femes dengan nama 'BOT FLY'.
Nak tau lagi pasal lalat ni, kena baca link ni..
Wednesday, October 16, 2013
Ayat-Ayat Al-Quran untuk Merawat Kanser
Kaedah terbaik untuk mengubati sesuatu penyakit haruslah
melibatkan dari aspek
fizikal dan juga spiritual. Ini adalah kerana aspek-aspek spiritual juga
memainkan peranan dalam sistem imunisasi seseorang itu.
fizikal dan juga spiritual. Ini adalah kerana aspek-aspek spiritual juga
memainkan peranan dalam sistem imunisasi seseorang itu.
Jadi dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran merupakan salah satu
cara spritual yang boleh dicuba dalam mengubati sesuatu penyakit.
Gabungkan cara fizikal seperti kawalan diet, senaman, cara hidup
dengan cara spritual seperti penggunaan ayat-ayat al-Quran, dengan izin tuhan pesakit akan sembuh dengan lebih cepat.
cara spritual yang boleh dicuba dalam mengubati sesuatu penyakit.
Gabungkan cara fizikal seperti kawalan diet, senaman, cara hidup
dengan cara spritual seperti penggunaan ayat-ayat al-Quran, dengan izin tuhan pesakit akan sembuh dengan lebih cepat.
Ahkak nak kongsi beberapa ayat-ayat Al-Quran yang dapat digunakan
bagi merawat kanser yand dipetik daripada website 1khalifah.
Untuk mengecilkan sel-sel kanser :
Surah Thahaa 105-107 (baca 7 x)
Untuk membunuh sel-sel kanser
1. Surah Al Qalam : 1-5
2. Surah Al Qalam : 16 - 20 (baca 7 x , ulang ayat ke 20 - 20 x)
Untuk sembuh dari kanser
1. Al Fathihah
2. Al Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thahaa 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaafaat 1-15
9. Al Rahman 31-34
10. Al Hasyr 21-24
11. Al Mulk 3-4
12. Al Qalam 3-4
13. Al Jinn 3
14. Al Kafirun
15. Al Falaq
16. An Nas
Bacalah kesemua ini pada air untuk diminum dan dibuat mandian.
Sebaik-baiknya gunakanlah air mineral atau air zam-zam untuk air
minuman.
Bacalah kesemuanya dengan betul tajwid dan tartilnya
serta yakin bahawa
Allah dapat menyembuhkan penyakit itu.
Allah jua yang berkuasa atas
segalanya,
Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Disamping itu juga disarankan untuk membaca
Doa Nabi Yunus,
Bismillah 5, Doa Nabi Ayub , ayat-ayat Syifa serta
perbanyakkanlah
beristigfar.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba perubatan Islam,
boleh merujuk dan klik link di bawah
Saturday, March 16, 2013
ZALORA in da house
Yang ditunggu-tunggu telah tiba!!!
First time nih order ngan ZALORA arghh...
Ahkak berpuas hati dengan kasut yang dipilih
cuma frust yang hitam putih tu tak muat.. haish!
Tak pasal-pasal dapat ke anak dara ahkak.
Muat pulak dia! Sib baik..
Selesa betul kasut hitam tu yang ada simbol N kat kasut tu.
Nampak tak??Meme kena la dengan nama ahkak... hahah!
So next week boleh la melaram ke SABAH
hohoho..
Friday, March 15, 2013
Kuasa Allah : Masjid Kobe Bertahan Dari Bom Atom!
Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun.
Ia dibina pada 1928 di sebuah kawasan yang bernama Nakayamate Dori, Chuo-Ko.
Kobe di dalam bahasa Jepun bermaksud Gerbang Tuhan (Gate of God).
Pada tahun 1945, Kobe telah terlibat
dengan perang dunia kedua
yang menyaksikan peperangan di antara Amerika
dan Jepun
di mana pihak Amerika telah memutuskan untuk mengugurkan bom
atom
ke atas beberapa bandar di Jepun.
Peperangan itu menyebabkan Jepun kalah teruk
di mana dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima menjadi tanah rata.
Bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya.
Ketika bangunan sekitarnya
menjadi hampir rata, Masjid Kobe tetap berdiri tegak!
Masjid ini hanya
mengalami keretakan dan cerminya pecah.
Kekukuhan Masjid Kobe diuji sekali lagi apabila
gempa bumi paling dasyat berlaku ada 1995 tepat pada pukul 5.46 pagi Selasa.
Ia masih lagi berdiri utuh! Begitu besarnya kuasa Allah SWT.
Sehingga kini Masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak,
seakan tidak bergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana.
Lihat gambar-gambar di bawah ini..
sumber : MyNewsHub
Saturday, February 16, 2013
KEMBALI SEPERTI SEMULA
SEMUA KEMBALI SEPERTI SEMULA
Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa solat;
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.
Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan
kamu;
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.
Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan;
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.
Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira;
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis atas
Kepergianmu.
Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah;
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu, telah memasukkan kamu kedalamnya setelah mati.
Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan;
Ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.
Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi
tubuhmu;
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk
melindungi tubuhmu.
Ketika kamu dilahirkan dan setelah
dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran;
Ketika kamu mati, Kamu
tidak akan ditanya melainkan amalan soleh.
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". (Surah Al-'Asr)
Wednesday, January 16, 2013
Daftar Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)
Untuk makluman, Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)
hanyalah untuk pemohon yang BELUM memiliki sebarang jenis lesen memandu
hanyalah untuk pemohon yang BELUM memiliki sebarang jenis lesen memandu
Mengenai BL1M
- Hanya untuk Lesen B2 tunggal
- Terbuka kepada rakyat yang berumur 17 - 40 tahun
- Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
- Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara
- Akan bergerak serentak setelah dirasmikan
- Peserta akan menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh JPJ - no short cut way
- Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sebanyak 3 kali sahaja
Syarat Penyertaan
- Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
- Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
- Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
- Sihat tubuh badan
- Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran
- Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
- Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
- Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
- Untuk sebarang pertanyaan, emelkan kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888
Cara Memohon dan Mendaftar
Daftar Online BL1M di sini → http://www.bl1m.com/bl1mWeb/PublicLPAgentForm.zhtml
Untu maklumat lanjut, layari www.bl1m.com
Untu maklumat lanjut, layari www.bl1m.com
Tuesday, January 8, 2013
Masuk Islam Setelah Mengetahui Bakteria Dalam Air Liur Anjing
Seorang ilmuan besar yang mendalami bidang bakteria berkunjung ke Mesir untuk mensekolahkan anaknya dan dia sendiri memperolehi pekerjaan dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadith yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika membaca hadis Nabi saw,
“Jika seekor anjing menjilat perkakas rumah salah seorang di antara kamu, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh kali, satu kali di antara yang tujuh itu dicampur dengan tanah ..”
Sejenak dia berdiam menatap hadis itu. Dalam dirinya mula timbul soalan-pert anyaan: Perintah mencuci tujuh kali itu memang perlu dilakukan, dan merupakan kewajipan, namun mengapa Nabi masih menyuruh membasuh tempat itu satu kali dengan tanah? Tidakkah dengan memakai air sahaja sudah cukup?
Soalan itu terus mengganggunya. Kemudian dia mengambil sebuah alat rumah dan membiarkannya dijilati anjing. Lalu mencucinya dengan air tujuh kali. Selepas itu ia teliti dengan menggunakan mikroskop, dan yang terlihat: Berjuta-juta bakteria masih melekat di tempat itu. Bermakna mencuci dengan air tidaklah cukup untuk menghilangkan bakteria atau kuman-kuman penyakit anjing yang melekat ditempat tersebut.
Sekarang dia cuba sekali lagi, mencuci tempat itu dengan debu tanah. Dan setelah diteliti, ternyata, kuman-kuman telah hilang seluruhnya.
Soalan yang timbul dibenaknya sekarang: Siapa yang memberitahu hal ini kepada Muhammad? Padahal penemuan rahsia bakteria baru diketemukan oleh Pasteur (1822-1895). Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur? Bermakna penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, di mana Muhammad telah mengetahui bahawa bakteria atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan menggunakan debu dan dibasuh dengan air enam kali. Siapa yang memberitahu hakikat ilmiah ini kepada Muhammad?
Subhanallah, Allah SWT lah yang memberi petunjuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala hal yang bermanfaat bagi umatnya.
Dan akhirnya keyakinan ilmuan tersebut mengukuhkannya untuk masuk Islam bersama puterinya yang kala itu ikut bersamanya ke Kaherah.
Maha Suci Allah, yang atas kurnia dan rahmatNya terbukalah setiap jalan kebaikan ..
Wallahu a’lam bishawab
sumber: halimislam.com
Monday, October 22, 2012
Menang Cincin Emas
Wah.. wah.. wah..
Cam tak caya je ahkak dapat cincin emas free.
Iya.. betul betul free ni.. tak tipu..
Camne leh dapat free..?
Ahkak telah menjoinkan diri dalam contest kat FB.
Tu la sebabnya dah tak berapa layan blog.. hahaha kantoi
Ahkak meme dah lama dok usha nak simpan emas buat
invesment untuk masa depan.. tapi bukan cara pelaburan skim ea...
tak mao.. tak mao..! Kang sendiri yang susah..
Ahkak juga berkesempatan attend seminar emas, just untuk
tahu lebih lanjut dan gali ilmu emas.. so rasa cam minat laks...
So, my target nak kumpul emas mulai Januari 2013!!
Ya.. itu azam saya.. sapa mao join?
Apape pun.. tq so much to Ihsan kerana amat bermurah hati
bagi cincin free.. nanti akak roger2
Wednesday, October 17, 2012
Lee Chong Wei dah kahwin
posing ala² Korean.. awesome
"Bagai pinang dibelah dua."
Itulah kata
yang tepat untuk menggambarkan pasangan badminton negara,
Dato' Lee Chong Wei
dan Wong Mew Choo.
Selepas menanti dan merahsiakan percintaan mereka selama 11 tahun,
pasangan
ini memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka tanggal
10 November akan
datang di
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Dato' Lee Chong Wei memberitahu kesabaran yang ada pada
bakal isterinya yang juga merupakan pemain badminton wanita nombor satu negara
itu membuat hatinya tertawan.
"Kami berkenalan sejak 11 tahun yang lalu ketika masih di zaman remaja.
Hubungan kami pernah terlerai sepanjang tempoh tersebut. Sudah tentu terdapat
salah faham yang timbul di antara kami tetapi dia sentiasa berada di sisi saya.
"Dia kenal dan mencintai saya sejak saya bukan lagi di kedudukan sekarang dan
ia tidak pernah berubah. Dia sudah lama menunggu saya. Dia seorang yang penyabar
dan saya sukakan kualiti itu dalam dirinya," ujar Chong Wei yang bakal menginjak
usia 30 tahun pada 21 Oktober ini.
Perancangan perkahwinan mereka hampir tergendala kerana nenek Mew Choo
meninggal dunia baru-baru ini. Menurut adat orang Cina, mereka perlu berkahwin
dalam tempoh seratus hari selepas pengebumian atau menunggu selama tiga tahun
lagi.
"Tidak mungkin saya akan menunggu lagi tiga tahun. Jika menunggu, saya sudah
terlalu tua untuk berkahwin," katanya lagi.
Chong Wei turut menjelaskan dia tidak bimbang kehilangan peminat wanita
selepas berkahwin nanti.
"Berkahwin dan bermain badminton adalah dua perkara berbeza.
Saya yakin,
kebanyakan peminat lebih fokus dengan karier badminton saya berbanding hal
peribadi. Saya teruja untuk mengahwini Mew Choo tetapi saya yakin tidak akan
kehilangan peminat saya. Ia tidak akan menjejaskan apa-apa."
Chong Wei memberitahu dia turut menjemput 'musuhnya', Lin Dan dan isteri, Xie
Xingfang namun kurang pasti sekiranya mereka akan hadir kerana pertandingan
China Terbuka akan bermula pada 13 November sehingga 18 November.
p.s : TAHNIAH LCW & WMC..
sumber The Star & Yahoo
Thursday, August 30, 2012
Nyaris mati pos diri sendiri untuk hadiah harijadi awek
Seorang lelaki yang membungkus dirinya di dalam kotak dan diposkan kepada teman wanitanya hampir mati selepas kotak bungkusan itu telah sesat masa pengeposan.
Menurut The Sun di London, Hu Seng, dari selatan China,
Menurut The Sun di London, Hu Seng, dari selatan China,
hampir lemas selepas mengirimkan dirinya ke pejabat teman wanitanya
dalam kotak yang tertutup sebagai satu kejutan hari jadi.
Apabila kotak akhirnya tiba selepas kelewatan tiga jam, Li Wang (teman wanita)
Apabila kotak akhirnya tiba selepas kelewatan tiga jam, Li Wang (teman wanita)
terkejut apabila membuka bungkusan itu mendapati pakwenya tidak sedarkan diri.
Seorang rakan Seng juga menunggu berdekatan, kononnya nak ambil gambar kejutan.
Selepas dipulihkan semula oleh paramedik, Seng berkata beliau tidak sedar
Seorang rakan Seng juga menunggu berdekatan, kononnya nak ambil gambar kejutan.
Selepas dipulihkan semula oleh paramedik, Seng berkata beliau tidak sedar
projek suprise itu akan mengambil masa yang lama.
"Saya cuba untuk membuat lubang dalam kadbod tetapi ia terlalu tebal dan
"Saya cuba untuk membuat lubang dalam kadbod tetapi ia terlalu tebal dan
saya tidak mahu merosakkan kejutan dengan menjerit," katanya kepada The Sun.
Paramedik berkata kotak kadbod itu terlalu tebal untuk dibuat lubang udara.
Paramedik berkata kotak kadbod itu terlalu tebal untuk dibuat lubang udara.
p.s : Hah! Hamekk ko... tapi romantiks...
Sunday, August 26, 2012
Esok hari Isnin weiii....
Kerja! Kerja!
Hmmm.. ntah la...
nak kata masih dalam mood raya, memang dalam bulan syawal lagi
Nak start kerja semula tu yang liat skit rasa nyer... Adoyai...
Friday, July 27, 2012
Logo London Olympics 2012
Jom layan LOGO Sukan Olimpik London 2012
Logo rasmi dalam 5 variasi warna - yang fisrt tu untuk PARALYMPIC GAMES
VERSI KORPORAT
Thursday, July 26, 2012
Perasmian London Olympics 2012
Jangan lupa tengok perasmian Sukan Olimpik London 2012 pada 27 Julai 2012.
Ahkak memang suka tengok open and closing ceremony event besar2 ni
especially Olympic Games... gah gitu...
Apapun, majlis perasmian Olimpik malam ini menjadi satu rahsia besar
Britain yang dikawal rapi walaupun lebih 100,000 orang telah melihatnya semasa sesi raptai.
Mana taknya.. ko tengok la sapa pengarahnya...? Bukan calang-calang orang hokei...
Danny Boyle uols, pengarah Slumdog Millionaire tu.. Dia mahu memberikan kejutan pada dunia,
jadi dia meminta sesapa yang telah menontonnya persembahan extravaganzanya masa raptai,
tidak diupload di internet.
Tengoklah prop berkonsepkan ala-ala cottage di tengah-tengah Stadium Olimpik, Stratford, London.
Apa agaknya 'permainan' Boyle yang bernilai bermillion2 pound ini? Yang pasti
stadium akan dipenuhi dengan sekurang-kurangnya 62,000 penonton, 16,000 atlet, 10,000 penghibur
dan juga ada haiwan - biri-biri, kuda, ayam, lembu, kambing, anjing juga angsa.
Dah macam ladang ternakan pulak.
Pasti meletups, kan? Tak sabor ahkak nak nengok nyer... kul bape ek?
Akhirnya.. dapat juga merasa
quickie post - malas nak taip banyak banyak..
sejak duajak ni agak kesibukan dengan ntah apa mende
jadi layan je la..
Majlis aqiqah dan cukur jambul anak sepupu ahkak..
baby Iman Kamila with Asya
haaa... ni la motif sebenarnya... yummy
ahkak memang dah lama sangat tingin nak makan marshmallow celup coklat
akhirnya dapat juga merasa.. terima kasih tuan rumah ~ MakSu n Meen
Kelebihan Ramadhan
Sedikit perkongsian mengenai kelebihan Ramadhan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
"Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan
kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."
1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata,
"Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari
beban-bebandan mereka akan datang kepadamu."
4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan
mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini
apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?"
Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."
(Riwayat Imam Ahmad)
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
"Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan
kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."
1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata,
"Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari
beban-bebandan mereka akan datang kepadamu."
4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan
mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini
apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?"
Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."
(Riwayat Imam Ahmad)
Subscribe to:
Posts (Atom)


























