posing ala² Korean.. awesome
"Bagai pinang dibelah dua." 
Itulah kata 
yang tepat untuk menggambarkan pasangan badminton negara, 
Dato' Lee Chong Wei 
dan Wong Mew Choo. 
Selepas menanti dan merahsiakan percintaan mereka selama 11 tahun, 
pasangan 
ini memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka tanggal 
10 November akan 
datang di 
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Dato' Lee Chong Wei memberitahu kesabaran yang ada pada 
bakal isterinya yang juga merupakan pemain badminton wanita nombor satu negara 
itu membuat hatinya tertawan. 
"Kami berkenalan sejak 11 tahun yang lalu ketika masih di zaman remaja. 
Hubungan kami pernah terlerai sepanjang tempoh tersebut. Sudah tentu terdapat 
salah faham yang timbul di antara kami tetapi dia sentiasa berada di sisi saya. 
"Dia kenal dan mencintai saya sejak saya bukan lagi di kedudukan sekarang dan 
ia tidak pernah berubah. Dia sudah lama menunggu saya. Dia seorang yang penyabar 
dan saya sukakan kualiti itu dalam dirinya," ujar Chong Wei yang bakal menginjak 
usia 30 tahun pada 21 Oktober ini. 
Perancangan perkahwinan mereka hampir tergendala kerana nenek Mew Choo 
meninggal dunia baru-baru ini. Menurut adat orang Cina, mereka perlu berkahwin 
dalam tempoh seratus hari selepas pengebumian atau menunggu selama tiga tahun 
lagi. 
"Tidak mungkin saya akan menunggu lagi tiga tahun. Jika menunggu, saya sudah 
terlalu tua untuk berkahwin," katanya lagi. 
Chong Wei turut menjelaskan dia tidak bimbang kehilangan peminat wanita 
selepas berkahwin nanti. 
"Berkahwin dan bermain badminton adalah dua perkara berbeza. 
Saya yakin, 
kebanyakan peminat lebih fokus dengan karier badminton saya berbanding hal 
peribadi. Saya teruja untuk mengahwini Mew Choo tetapi saya yakin tidak akan 
kehilangan peminat saya. Ia tidak akan menjejaskan apa-apa." 
Chong Wei memberitahu dia turut menjemput 'musuhnya', Lin Dan dan isteri, Xie 
Xingfang namun kurang pasti sekiranya mereka akan hadir kerana pertandingan 
China Terbuka akan bermula pada 13 November sehingga 18 November.
p.s : TAHNIAH LCW & WMC.. 
sumber The Star & Yahoo