Saturday, March 26, 2011

Filem Hitler yang famous

Dengan hanya 1 filem ini, Hitler tetiba top dan famous giler...
Dengan hanya 1 filem ini, sering dimainkan dengan tajuk yang berbeza-beza
Dengan hanya 1 filem ini, ramai penerbit2 berlumba-lumba nak dapatkan kutipan tertinggi di Youtube
Dengan hanya 1 filem ini, lahir begitu ramai penulis skrip yang ada bakat ke..??
Dengan hanya 1 filem ini, filem ni layak dianugerahkan Filem Sepanjang Zaman
Dengan hanya 1 filem ini, Hitler layak dinobatkan Pelakon Paling Popular di majlis2 anugerah antarabangsa
Dengan hanya 1 filem ini, Jerman patut minta royalti
Dengan hanya 1 filem ini, Jerman patut saman je dorang yang ciplak filem ni

Mari kita tengok tajuk-tajuk dari filem yang satu ni...

Filem yang terkini dengan topik panas
DatoT & Anwar Conspiracy

 Tajuk filem yang takleh blah
Hitler berang jualan tiket tidak mencapai target

Khusus untuk peminat fanatik bolasepak tempatan
Hitler marah fan Kelantan

 Bolasepak punya hal lagi...
Hitler marah Indon kalah Piala AFF dgn Malaysia

Filem penuh emosi 
Proton Inspira Hitler marah

Filem remaja sosial
Hitler marah pasal kes remaja comolot

 Filem direject FB hanya kerana nama
Hitler dan Facebook

Patut ditujukan pada sume brukben
Streamyx - kemarahan terhadap kelajuan

Filem musim perayaan
Apabila orang jerman nak sambut hari raya

Sebenarnya banyak lagi tajuk dari isu-isu semasa untuk filem ni..
Yang gua (apahal gua, gua lak ni?) masukkan kat sini yang ada subtitle BM je..
korang cari la sendiri kat Youtube tu ek... adios



Mari baca lagi...

Friday, March 25, 2011

Rahsia membentuk anak pintar

Pernah baca tulisan seorang Doktor Inggeris tentang 'Mengapa Yahudi Bijak?' Kalo tak pernah, sila google
Aku sendiri tak pasti kesahihan hasil tulisan doktor tersebut samada benar-benar wujud atau tidak.
Tapi, apa yang disampaikan tu mungkin ada kebenarannya,  
Walaupun ada yang dah tahu tentang perkara ini tapi aku tetap nak share.
Kesimpulannya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

Itu dari sudut pandangan dan kajian doktor tu.. tapi kita sebagai umat Islam juga ada cara dan pendekatan dalam melahirkan generasi bijak pandai dan secara tak langsung menjadikan anak kita soleh dan solehah.

Tip untuk ibu bapa

* Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

* Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

* Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

* Doakan kejayaan anak, rakan anak, anak rakan dan jiran.

Dari sudut pemakanan ilmuwan Islam pula :

1) Madu - makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih fresh.

5) Halia - bukan untuk slimkan badan aje tapi amat mujarab menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Rahsia bagaimana membentuk anak pintar diterangkan di dalam ebook RAHSIA ANAK PINTAR merangkumi hasil kajian dari Barat dan rahsia-rahsia Ilmuan Islam lampau.

Klik RAHSIA ANAK PINTAR untuk keterangan lanjut.



Antara isi kandungan eBook ini adalah:

1-Otak dan minda
2-Kecerdasan minda : intelek,emosi,spiritual
3-Ransang minda bayi dlm kandungan
4-Ransang minda anak 0-2 tahun
5-Ransang minda anak 2-6 tahun
6-Ransang minda anak 7-10 thn
7-Ransang minda anak remaja
8-Rahsia kebijaksanaan ilmuan islam
9-Ransang minda melalui pemakanan
10-Peranan ibu bapa
11-Gaya keibubapaan
12-Pengaruh tidur terhadap perkembangan minda
13- Ancaman media elektronik
14-Cabaran mendidik anak pintar
15-Petua dan doa
16-Kata-kata pintar


Mari baca lagi...

Thursday, March 24, 2011

Kematian Elizabeth Taylor


Sedikit Kronologi
Meninggal : 23.03.2011 pada usia 79 tahun
sebab kematian : masalah jantung
Lahir : 27.02.1932
Oscar Award 2 kali :
'Who's Afraid of Virginia Woolf' dan 'Butterfield 8'
Perkahwinan 8 kali
4 orang anak
10 orang cucu
4 orang cicit








Mari baca lagi...

India ada koboi... bior betul..?

Dulu-dulu kat India ada koboi... tak caye?
Betul... cerita tamil ni la yang akak dok tunggu2 tu... refer sini
Memang best dan giler kelakar.. senak perut akak dok gelak!

poster pun gempak

Tajuknya Irumbu Kottai Murattu Singam (Kubu Besi Singa Singam)
Meh akak citer skit, kisahnya simple je cam Indiana Jones pun ada...
ia mengenai hero kampung, Singam yang hilang dan diganti oleh orang yg miripnya,
Singaram (menyamar sebagai hero tu) untuk mengembalikan semangat orang
kampung menentang Ulakkai si penjahat..Singaram yang tak teror menembak dan
serba serbi sentiasa diback up oleh 4 AJK kampung (dorang yang minta Singaram
nyamar jadi Singam)..dalam dah berjaya menghalau penjahat dari kampung tu,
bergaduh lak ngan puak red indian angkara perbuatan khianat Ulakkai tadi. Singaram
dan 2 drp AJK ditangkap red indian dan direbus dalam periuk besar.. sambil direbus
ada la nyanyian dari anak pompuan ketua red indian tu dan si Singaram nyahut
nyanyian tu, then semua terpaku sampai leleh air mata ketua puak dan Singaram
terselamat dari direbus disebabkan nyanyiannya yang best.. Puak red indian berbaik
ngan Singaram dan ikut balik ke kampung. Di kampung, penduduk kampung terjumpa
sekerat peta dalam MGR Tower (menara jam kat kampung tu) dan percaya ada harta
karun tapi peta tu separuh je, ketua red indian ni pun ada separuh lagi tapi tak tau
benda tu peta lalu dibuatnya stokin.. setelah dicantum, sah peta tu tempat harta
karun so depa decide nak serah kat ketua penjahat (Kelakku Kattai, bos Ulakkai)
untuk tebus beberapa orang kampung yang diculik dan hak kampung tersebut. Tapi
Kelakku ni pandai, dia suh Singaram ni cari dulu harta karun tu, dah dapat baru boleh
exchange ngan tebusan dan dia hantar 2 orang kuatnya ikut sama..
Bermacam-macam rintangan dalam pencarian harta karun, sampai ke dalam gua dan
ditengahnya ada sebuah peti (citer yang begitu klise kalo cari harta karun) tapi dalam
tu bukan ada harta, hanya sepucuk surat yang memaki pencari harta karun, tak
semestinya harta berada dalam gua seperti cerita lain, harta sebenar ada di luar pintu
gua tu rupanya... bila dah jumpa harta tu tetiba muncul Kelakku.. tapi dia tetap tak
nak pulangkan hak kampung dengan syarat, Singaram lawan dulu ngan orangnya
dulu dan last skali ngan dia (Kelakku), Singaram kecut perut sebab tak pandai
menembak, selama ni AJK yang backup untuknya.
Akhirnya AJK pecah lubang yang hero sebenarnya (Singam) dah mati, tapi wasiatkan
cari orang miripnya dan ganti tempatnya agar orang kampung tak putus semangat..
dan sejak Singaram nyamar dan kembali ke kampung, penduduk semua gembira.
dan barulah semangat Singaram ni datang nak menentang penjahat tu dan akhirnya
menang.. gitulah citernya yang biasa2 aje tapi penuh dengan kelucuan sebenarnya.

Singam marsyal yang digeruni dan dah mati

AJK kg pujuk Singaram nyamar jadi Singam...

penjahat buat kacau

Orang kampung bersemangat, Singam balik ke kampung
props nya pun lawa..


MGR Tower tempat sembunyinya peta harta karun

lagi prop yang cantik..

puak red indian yang ada penterjemah bahasanya sendiri


Pelakon : Lawrance Raghava (Lawrence Raghavendra), Sandhya, Lakshmi Rai dan Padmapriya

p.s : itu pun nasib baik ada subtitle B.M, tu yang layan tu...




Mari baca lagi...

Tuesday, March 22, 2011

Masjid Putra dikencing Part 2

Cerita yang aku tulis taip semalam, keluar kat Berita Harian Online hari ni..
tapi versinya lain skit dari member punya member ni...
betul komen Ustaz Love, maybe that guy ada mental problem..

PUTRAJAYA: Sekumpulan jemaah yang ingin menunaikan solat Subuh di Masjid Putra di sini, pagi semalam gempar apabila seorang lelaki memandu keretanya secara melulu memasuki masjid.

Selepas meletakkan keretanya bersebelahan ruang solat utama masjid, lelaki terbabit dikatakan terus menuju ke tandas berhampiran untuk membuang air kecil, sebelum cuba melarikan sehelai jubah.
Jurucakap polis berkata, cubaan lelaki terbabit bagaimanapun gagal apabila perbuatannya itu disedari pengawal keselamatan yang kemudian menahannya.
“Lelaki berusia 30-an yang ditahan pengawal keselamatan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana menceroboh Masjid Putra.




Mari baca lagi...

Monday, March 21, 2011

BERITA PANAS!! Masjid Putra kena kencing...

Ini kes PANAS, panas satu badan.. Berita terkini (21.03.2011) baru kuar dari oven FB!
Akak tak pasti samada berita ni benar atau tidak, tapi kalo benar memang
melampau sesangat sangat... @#$%!
Geram! Hey.. betul2 melampau la... cis tul! (hilang kesantunan aku jap)
Aku harap tindakan sewajarnya dikenakan pada manusia tersebut...
layak ke dipanggil manusia? huh!


Mari baca lagi...

Sunday, March 20, 2011

Cerita Hindustan or ...


Dah lama akak aim nak tengok citer ni selepas jatuh hati tengok gazetnya
kat satu channel astro ni.. sampaikan akak pastikan takde aktiviti pada ari tu
2 minggu tunggu punya tunggu, akhirnya pada 20.03.2011 jam 4.30 petang 
mata pun dah nak kuyu2 gitu.. citer tu pun start di Channel 202 Vellithirai.. 
Pernah tengok tak citer kat channel tu..? Best2 woo... i loike... 
yup! aku ngaku suka tengok citer Tamil, lebih best dari Hindustani.. 
sebab citer2 nya real kehidupan dan kita tak dapat jangka what happen next dalam citer tu..
memang citer Tamil pun tak lari dari lagu-lagu bagai... tapi itu tak jadi masalah bagi akak.. 
dan kalo kisah cinta, tak melampau sangat loving ia lebih pada kasih sayang...
So berbalik pada citer yang akak nak tengok tu...
kita nantikan episod akan datang... KOMERSIAL BREAK




Mari baca lagi...

Saturday, March 19, 2011

Syarat baru nak apply kad kredit


Sesapa yang nak mohon kad kredit, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan syarat baru yang lebih ketat berkuatkuasa serta-merta.

Syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit baru:
  1.  pendapatan minimum RM24,000 setahun, sebelum ni RM18,000 je
  2.  pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad saje
  3. bagi yang dah ada kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh hingga akhir tahun ini untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan hati
  4. bagi kad kredit yang dibatalkan, kena settlekan hutangnya dalam masa 2 tahun
Dah tu, skarang ni had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad berkenaan tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka.

Ada sebab BNM buat gitu, untuk kebaikan korang gak, kan... nak menggalakkan pemegang kad kredit mengamalkan pengurusan kewangan berhemat supaya dapat dikawal.






Mari baca lagi...

Thursday, March 17, 2011

Saat sakaratul maut

 
Malam tadi tertengok Tanya Ustaz TV9 terus melekat..
topik 'Saat Sakaratul Maut' membuatkan aku insaf sekejap.. harap2 lama la...
takut dengan kejadian bencana alam yang tak terduga dan hari kiamat! bergetar jiwa sih...

Sama-samalah kita berdoa memohon kepada ILLAHI agar diringankan kesakitan maut


  Ya Allah, 
ringankanlah bagiku akan sakaratulmaut.
Ya Allah, 
akhirilah hayat kami dalam keadaan husnul khatimah,
dan janganlah akhiri hayat kami dalam keadaan su-ul khatimah.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
janganlah engkau sesatkan hati kami
setelah Engkau beri petunjuk dan
berikanlah kepada kami kurniaan rahmat Mu,
sesungguhnya Engkaulah yang banyak memberi kurniaan.
Amin


Jika mahu kasih sayang, bercintalah dengan ALLAH
Jika mahu berhibur, dendangkanlah lagu AL-QURAN
Jika mahu memperingati diri, ingatlah MATI
Jika ketiga-tiga itu tidak bermanfaat bagimu,
NERAKA jua yang berfaedah bagimu...





Mari baca lagi...

Kata-kata hikmah1


2 sifat semulajadi yang mencerminkan peribadi kita secara automatik dan spontan,
kalo dapat berlakon sopan pun, sampai bila, kelak perangai sebenar terpamer jua...





Mari baca lagi...

Monday, March 14, 2011

Oh! Kawaii Handmade, kau menarik ku tertarik!


ahkak memang suker bende2 yang berseni gini..
sungguh cantik, kalerful, ceria dan kemas buatannya

oh! cantik menarik kau memang d' boom!

Kamu diTAG 
.::  LennMommaChubby  ::.
.::  Nurul Faezah  ::.
.::  CikYuz  ::.
.::  Izzatul  ::.
.::  Cik Gadis  ::.




Mari baca lagi...