TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Daftar Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

BL1M lesen 1malaysia

Untuk makluman, Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) 
 hanyalah untuk pemohon yang BELUM memiliki sebarang jenis lesen memandu

Mengenai BL1M
  •  Hanya untuk Lesen B2 tunggal
  • Terbuka kepada rakyat yang berumur 17 - 40 tahun 
  • Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
  • Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara
  • Akan bergerak serentak setelah dirasmikan
  • Peserta akan menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh JPJ - no short cut way
  • Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sebanyak 3 kali sahaja
Syarat Penyertaan
  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  4. Sihat tubuh badan
  5. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
  7. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
  9. Untuk sebarang pertanyaan, emelkan kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888

Cara Memohon dan Mendaftar

Daftar Online BL1M di sini → http://www.bl1m.com/bl1mWeb/PublicLPAgentForm.zhtml

Untu maklumat lanjut, layari www.bl1m.com



Mari baca lagi...

Masuk Islam Setelah Mengetahui Bakteria Dalam Air Liur Anjing


Seorang ilmuan besar yang mendalami bidang bakteria berkunjung ke Mesir untuk mensekolahkan anaknya dan dia sendiri memperolehi pekerjaan dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadith yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika membaca hadis Nabi saw,
Jika seekor anjing menjilat perkakas rumah salah seorang di antara kamu, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh kali, satu kali di antara yang tujuh itu dicampur dengan tanah ..

Sejenak dia berdiam menatap hadis itu. Dalam dirinya mula timbul soalan-pert anyaan: Perintah mencuci tujuh kali itu memang perlu dilakukan, dan merupakan kewajipan, namun mengapa Nabi masih menyuruh membasuh tempat itu satu kali dengan tanah? Tidakkah dengan memakai air sahaja sudah cukup?

Soalan itu terus mengganggunya. Kemudian dia mengambil sebuah alat rumah dan membiarkannya dijilati anjing. Lalu mencucinya dengan air tujuh kali. Selepas itu ia teliti dengan menggunakan mikroskop, dan yang terlihat: Berjuta-juta bakteria masih melekat di tempat itu. Bermakna mencuci dengan air tidaklah cukup untuk menghilangkan bakteria atau kuman-kuman penyakit anjing yang melekat ditempat tersebut.
Sekarang dia cuba sekali lagi, mencuci tempat itu dengan debu tanah. Dan setelah diteliti, ternyata, kuman-kuman telah hilang seluruhnya.

Soalan yang timbul dibenaknya sekarang: Siapa yang memberitahu hal ini kepada Muhammad? Padahal penemuan rahsia bakteria baru diketemukan oleh Pasteur (1822-1895). Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur? Bermakna penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, di mana Muhammad telah mengetahui bahawa bakteria atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan menggunakan debu dan dibasuh dengan air enam kali. Siapa yang memberitahu hakikat ilmiah ini kepada Muhammad?
Subhanallah, Allah SWT lah yang memberi petunjuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala hal yang bermanfaat bagi umatnya.

Dan akhirnya keyakinan ilmuan tersebut mengukuhkannya untuk masuk Islam bersama puterinya yang kala itu ikut bersamanya ke Kaherah.
Maha Suci Allah, yang atas kurnia dan rahmatNya terbukalah setiap jalan kebaikan ..
Wallahu a’lam bishawab

sumber: halimislam.com

Mari baca lagi...