TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Trivia 29 Februari

Bukan senang nak jumpa 29 Februari... 4 tahun sekali woo...
Jom flash back apa yang pernah berlaku pada tarikh tersebut
di negara kita ini

29.02.1956
PENUBUHAN MAJLIS GERAKAN DARURAT NEGARA
Majlis Gerakan Darurat telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri merangkap Menteri Pertahanan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Agenda utama Majlis ini ialah untuk menjelaskan kepada rakyat tentang usaha dan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam memerangi pengganas komunis. Ia juga bertujuan menangkis tanggapan segelintir golongan yang kurang pasti terhadap usaha-usaha dan keupayaan kerajaan menentang komunis. Majlis Gerakan Darurat telah berjaya memperolehi kerjasama dan sokongan daripada seluruh rakyat untuk menentang pengganas komunis, musuh utama negara secara habis-habisan bagi mewujudkan keamanan negara.
Ahli-ahli yang menganggotai Majlis ini ialah Leftenan Jeneral Sir Geoffery Bourne, Kolonel H.S. Lee, Dato Abdul Razak, Encik V.T. Sambanthan, Mejar Jeneral E.S. Lindsay dan Encik A.H.P. Humphrey.


29.02.1968 
MENTERI PERTAHANAN NEW ZEALAND MENYERAHKAN 
KAPAL TERBANG KEPADA TUN ABDUL RAZAK
Menteri Pertahanan New Zealand, Tuan D.S. Thomson telah menyerahkan dua buah kapal terbang jenis Devon kepada Tentera Udara Diraja Malaysia dalam satu upacara di lapangan terbang TUDM di Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang juga Menteri Pertahanan Malaysia menerima penyerahan kapal terbang yang dihadiahkan oleh kerajaan New Zealand itu. Sempena upacara penyerahan itu juga satu perbarisan kehormat terdiri dari 50 orang pegawai-pegawai TUDM telah diadakan. Ketika menyerahkan kapal terbang itu, Tuan Thomson menyatakan bahawa Tentera Udara New Zealand (RNZAF) dan TUDM mempunyai banyak persamaan dalam bidang tugas masing-masing dan sumbangan kapal terbang kepada TUDM itu adalah sebagai tanda persahabatan dan hubungan erat di antara kedua-dua angkatan udara.



29.02.1980
SIDANG MEDIA PERKHIDMATAN `EKSPRES KTM' BERMULA DARI 
KUALA LUMPUR KE SINGAPURA & BUTTERWORTH
Melalui satu sidang akhbar, Pengurus Penumpang Keretapi Tanah Melayu, Encik Zainal Abidin bin Abdul Talib, bertempat di Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur, telah memaklumkan kepada para wartawan, bahawa Keretapi Tanah Melayu akan memulakan perkhidmatan laju antara bandar, bergelar `Ekspres KTM', yang akan bertolak serentak dari Kuala Lumpur ke Singapura dan ke Butterworth pada pagi 1.3.1980. Pelancaran perkhidmatan itu dirasmikan oleh Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu, Datuk Ishak bin Tadim. Perkhidmatan ekspres tersebut akan berlepas serentak dari Kuala Lumpur ke Singapura dan ke Butterworth pada jam 7 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada jam 12.45 tengah hari dan di Butterworth pada jam 12.40 tengah hari. Kedua-dua keretapi tersebut akan kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang sama iaitu dari Singapura pada jam 1.15 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 7 malam manakala dari Butterworth pula pada jam 1.10 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.55 petang. Tambangnya adalah sama dengan tambang perkhidmatan `Ekspres Rakyat' iaitu $25.00 bagi tempat duduk berhawa dingin dan $15.50 untuk bukan berhawa dingin.

29.02.1986 
DATO MUSA HITAM MENGHANTAR SURAT PERLETAKAN JAWATANNYA
Dato Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah diadakan bagi membincangkan perletakan jawatan Dato Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Keputusan mesyuarat bersetuju memujuk Dato Musa Hitam agar kekal di jawatan Timbalan Presiden UMNO.

sumber : Arkib Negara & UMNO
Mari baca lagi...

Lagi doodle comel dari Google

Muka depan Google kali ni gambo katak comel menyanyi...
Sebenarnya ianya untuk memperingati Gioachino Rossini.
Rossini adalah komposer dan pengarah muzik opera yang
terkenal di zamannya... nak tau lebih, tolong google sendiri yer..
Mari baca lagi...

Jet peribadi Jackie Chan


Beberapa laporan media Barat mengatakan superstar Hong Kong, Jackie Chan telah diberi diskaun yang hebat untuk pembelian jet peribadi dan oleh itu, ditawarkan untuk menjadi Duta Jenama Embraer, terutamanya di China.

Mengapa Jackie Chan yang dipih menjadi duta?
Wakil Embraer, Edwards berkata, "Dia tidak pernah dimiliki pesawat peribadinya sendiri sebelum ini. Dia adalah sangat, sangat popular di seluruh dunia, tetapi yang paling ketara dia popular di China dan Asia Tenggara, Asia pada umumnya."

Jika dilihat pada jet ini, penyesuaian pada Legacy 650 milik Jackie adalah hanya pada luarannya yang memakai logo bentuk ala-ala "dragon" dengan warna merah dan kuning - warna bendera China . Itulah... sangat patriotik Jackie ni kan?

Jet peribadi yang diberi nama Embraer Chan Legacy 650, sangat luas dengan tiga zon kabin yang berbeza, layar yang basah dan yang terbesar akses bahagian bagasi dalam kelasnya tersendiri. Pesawat Jackie boleh membawa sehingga 13 penumpang dan cukup untuk terbang tanpa henti dari Beijing ke Dubai atau Hong Kong ke Adelaide, Australia, atau mampu terbang sehingga lapan jam sekitar Asia dan di tempat-tempat lain.

 JOM LAYAN GAMBAR JET JACKIE


 syoknya dia...





 toilet

di bahagian kokpit dan pilot




Mari baca lagi...

Meh Join IntaNBerliaN's First Giveaway


Mood pepetang ni nak join GA yang mega² supaya ada peluang menang..
Kalo tak menang jugak.................................... tak de rezeki la tu.. Syukran!
Tengok tu sponsornya... humang aih! ramai betol.. meh la join same..
Jadi korang kena follow dengan sumer sponsor juga yer..
Hadiahnya pown gempak tu...


Last date tuk join : 29.02.2012 
136
    Mari baca lagi...

    Doodle Google Gelombang Hertz


    Hari ni logo doodle Google telah mencuri perhatian ahkak.. berombak² gitew...
    Ianya berbentuk gelombang elektromagnet berwarna - biru, merah, kuning dan hijau..
    Tahukah korang apakah itew...?

    Pernah dengar perkataan 'Hertz'? Yang belajar fizik maybe tau...
    Pada yang tak tau, 'Hertz' adalah unit frekuensi gelombang radio - satu kitaran per saat.
    Diambil sempena nama penemunya seorang ahli fizik Jerman - Heinrich Rudolf Hertz .

    Hertz adalah orang yang pertama menerima dan menyiarkan gelombang radio.
    Kerja perintis beliau meletakkan jalan kepada pembangunan radio, televisyen dan radar.

    Info tambahan :
    Halaju gelombang radio adalah sama dengan kelajuan cahaya.
    Ini membuktikan bahawa gelombang radio adalah satu bentuk cahaya.

    Owh... ye ker...
    Tu la, masa skolah dulu takmo belajar bebetul..
    Bila time fizik jer, otak jadi tepu.. bulu mata tetiba berat semacam..
    kehkehkehkeh

    Mari baca lagi...

    Membaca Ketika Buang Air Boleh Kena Buasir


    Hah.. ni ahkak baca dari majalah Harmoni 15 Feb 2012 (cover Juma yg jelita)
    Katanya kajian sekumpulan doktor di LA Medical Centre, 
    orang suka membaca ketika membuang air besar mampu menyebabkan 
    penyakit buasir atau pembuluh darah yang membengkak di sekitar anus. 
    So, you better stop that habits na....

    Perbuatan duduk termenung lelama atas WC juga terbukti proses 
    pengaliran darah terbatas di sekitar bahagian dubur yang akhirnya menyebabkan 
    buasir. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan stres kepada orang itu.
     Camne duk termenung boleh jadi stress yer...?

    Eh! mana satu yang betul.. buasir or bawasir?
    Mari baca lagi...

    Layan lagu Terukir Di Bintang


    Ntah nape lagu ni macam biasaku dengar...
    Cam lagu iklan perfume Enchanter pun ade..
    Tapi ahkak suker... rasa cam duk dalam gondola di Paris... oh!
    Dengar citer lagu ni dicipta khas untuk kekasih Yuna iaitu Qi.

    Lagu ni ada dalam album kedua Yuna berjudul Terukir Di Bintang.
    Ada juga tiga lagu Inggeris yang dirakamkan di US dalam album tu.
    Bagus la tu Yuna! walou pown aku tak brape meminatimu tapi salute ngan usaha ko

    Jom layan
    Lagu Terukir Di Bintang

    Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
    Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

    Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
    Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

    Hati ini bukan milik ku lagi
    Seribu tahun pun akan ku nanti
    Kan… kamu

    Sayangku
    Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
    Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
    Mari baca lagi...