TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Tu dia... semangat polka dot part2

Jeng..jeng...jeng.. Ni la hasil semangat aku ari tu... 
OK la ek, walaupun ade lubang2 sikit. Tu bukan ape, air kukus nitik tu..

Cara aku buat APAM POLKA DOT yang comel

bahan-bahan disediakan dan siap dibancuh

Cik Marsya yang rajin bantu susun kertas cupcake ke dalam tray

Proses meletakkan bancuhan ke dalam acuan dan isi filling

Upacara deco-deco ala polka dot

Taraa... dah siap untuk dimakan

U See... orang yang tak reti masak cam ahkak pun boleh buat, ape...
Ini merupakan percubaan pertama kerana rasa cam senang sangat.
Dan ekceli akak ingat nak bawak masa sepupu bertunang nanti di samping
PROMOSI! hahahaha... baru jadi sekali dah ade hati nak berbisnes...
Korang tau berapa jam nak siapkan dari mula? Aku start kul 9 malam, sudahnya kul 12, okeh..
Itu pun dengan bantuan Cik Marsya dan dengan gangguan Cik Marsya juga...
Apape pun, aku berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian diri sendiri.
Err nak oder ke?



Mari baca lagi...

Hilangnya segeraham gigi...

Semalam MC! Tak dapat nak apdet entri semangat polka tu,
tak sempat disebabkan letih...

Ekceli aku dah lama plan nak gi klinik tapi asyik tertangguh-tangguh..
Takde sakit ape pown tapi sesaja... sebenarnya dah lambat ke opis semalam jadi pegi je la Mau nyer tak? Korang tak trauma ke dengor nak cabut gigi?
Ngeri siot.. dah berbelas tahun lamanya tak cabut gigi.
Aku lebih rela membela gigi geraham kesayanganku yg rosak tapi aku terpaksa akur.
Kau terpaksa ku cabut jua kerana ko telah mengganggu nikmat pengunyahanku.

Saat menantikan no giliran dipanggil, tetiba lak perut memulas tapi aku tahankan jua.
Ini adalah normal bagi menghadapi saat-saat yang getir begini yer..
Bila dah dicheck dentist tu tanya, "u datang last bulan 1 kan?"
Dia x ckp tahun bila tapi aku rasa masa tu check utk pegnen 2 tahun lalu.
Memang masa tu geraham tu dah sold out pown.. hohoho
Aku a-ah kan ajer.. "OK kita cabut lah geraham bawah ni"
Aku mula cuak walaupun aku dah tau dan memang itu pun niat aku.

Di saat dentist memasukkan jarum ke dalam mulut, aku meramas-ramas jari jemari..
STRESS! Chreit! (sound efek jarum) Oh! Bagai digigit kerengga rasanya.
"OK awak tunggu kat luar dulu, sebab ambil masa nak rasa kebas ni.
Sementara tu awak beli air kotak yang ade jual kat depan tu.
Nak bagi ade gula dan tenaga." Memang belum ada satu ape pun masuk perut lagi ni. Tengah duk nunggu tu, pipi rasa kebas dan bibir tebal bengkak sebelah.
Padahal tak bengkak pun. Efek rasa kebas tu je..
babai.. gua cabut dulu..

Tak lama lepas tu dalam 15 minit la, no aku dipanggil semula...
Ah sudoh...! Abis la... kata hatiku.
Relax, lembutkan badan, jangan stress2 kata dentist.
Dentist pun memasukkan playar dan menggodek-godek geraham tu..
Ish.. cam degil je nak kuar, dua tiga kali 'ieyah!' (sound efek bertungkus lumus) , akhirnya berjaya! Sakit? Apa daa.. kan dah dikebaskan.
Mesti la tak rasa apa-apa pun. Iye.. serius tak sakit.

Dah abis tu aku pun tunggu di luar sementara dentist tulis MC. Rasa macam banyak
mata-mata memandang. Ye lah, dah senja remaja cam ni pun kena cabut gigi, malu lak rasanya sebab rasa pipi tu macam bengkak semacam. Tapi itu cuma perasaan aku je, padahal masih cun cam biasa.

Aku pun lepak kat lorong sunyi, kat situ ada 2 kerusi dan ada sorang brader lalu nak duduk kat situ. Aku cepat-cepat folo brader tu, takut ada orang lain cop kerusi tu.
Fuh, lega... dah tak sakit perut.. brader tu memulakan bicara.
Nasib baik tak jadi cabut, saya takut sebenarnya. Aku senyum je. Awak cabut gigi ke? Sakit tak?
Aku geleng dan berkata 'hak hakit' dah kapas dalam mulut, buruk la sikit bunyinye..
Betul ke? Tak sakit? brader tu betul2 nak tahu.
Meman mula tu haya pun hakut ngak hapi hila bius hasa hebas hak hakit ha bila cabut, citer aku dengan malu-malu tapi berlagak.  
Saya kena cabut jugak tapi tadi lupa nak makan ubat kencing manis, tu yang doktor tak jadi tu.. betul ye tak sakit?

Hahaha.. itu le pengalaman aku cabut gigi di kala usia senja remaja ini.
Jadi jangan takut, sebenarnya takde ape pun, sumpah tak sakit bila cabut sebab
dah kebas. Masa cucuk? Sikit je macam di gigit buaya semut api, takkan itu pun takleh tahan...
Tapi bila dah hilang rasa kebas..... nasib la korang! huahuahuahua... (ketawa jahat)
Takde lah, acah je.. makan la ubat tahan sakit yang doktor bagi tu. Insya Allah OK!




Mari baca lagi...

Semangat Polka Dot!

Hahai...akak semangat tul nak jalankan misi baru hari ni.
YES! Kena jayakan juga hari ni, barang-barang dah pun beli semalam.
Jangan semangat tinggal lemah semangat udah...
lepas makan nasi terus layu, hahaha...
Ye, apekah misi aku ini? Seperti tajuk n3 ni, POLKA DOT!
Apakah? Alahai.. skang ni kan pemes mende ni.. sape punya idea pun aku tak tau.
Tapi mabeles la dia punya idea hingga aku yang tak berapa nak rajin ni pun teruja nak try.

So, nantikan lah hasilnya. TUNGGUUUUU.............

Mari baca lagi...

Oops! Piala kemenangan Real Madrid terjatuh sudah...

OMG Oh Memang Giler.. 
tapi sebelum tu tahniah Real Madrid menang kepada Barcelona
dengan header Cristiano Ronaldo pada minit ke-103.

Piala Copa Del Rey yang didambakan Real Madrid
tapi telah diterjatuhkan oleh Sergio Ramos ketika sedang ghairah
menjulang piala tersebut di atas bas yang meraikan kemenangan mereka

Bila melihatkan piala tu jatuh di depan bas, polis pun cepat2 cover line masa nak kutip balik.
Tengok pada tahap kejatuhan dan hampir dilenyek dek bas tu
rasa cam parah dah piala tu... tapi si Ramos ni kata "takde apa-apa, it's fine aje" 
maybe nak sedapkan hati wartawan dan orang ramai... 
ye la, kalo tak teruk dia kena kutuk tu...
dah la bertahun-tahun nunggu nak rebut piala tu semula

Boleh lak dia buat lawak kat laman twitternya :
[Good morning to all my friends!!! The thing about the trophy was a misunderstanding, 
it did not fall down ... it jumped when we came to Cibeles and it saw so many 
Real Madrid supporters... Hope you all have a good day, we train later. Hala Madrid]

credits to:digitalspy



Mari baca lagi...

Saya nak jadi bloglist SIMANIS-CADBURYLADY

Saya nak ajak join bloglist ni plak...
Terhad to 20 orang fomfuan dan 10 jejantan jer...
Saper cepat register dia dapat dilistkan di blog SIMANIS-CADBURYLADY
yang dah terpilih, ada chance dapat hadiah.... wooaaa..

Kamu diTAG olehku : SEMUA FOLLOWER n PEMBACA BLOG AHKAK NI...


Mari baca lagi...

Kemenangan Mac yang terindah...

Adoyai... lama dah tak update blog ahkak ni...
ni nak citer, selama akak dok join GA, Contest dan Laci drawer Lucky Draw,
ni la baru first time mengena... best lak tu hadiahnye..
gembira tak terkata sebab memang dah lama ngidam nak hadiah nih!
Bukan akak pregnant yer... tapi selalu tengok blog2 kek ni dok kata 
RV is the best dan memang akak bertuah sesangat....

Akak telah join
dan ni hadiahnya..


punya la 'lazat tak terpandang mak mertua lalu'...
dah tinggal last piece baru teringat nak snap gambo kek yang dipotong...

Terima Kasih tak terhingga kepada pihak penaja iaitu Mummy Zara's Cottage
dan kepada sesiapa yang nak tempah or oder cake boleh la ke blognya..



Mari baca lagi...

I nak ajak join lucky draw ni...

Meh la sesama menjoinkan diri dengan cabutan bertuah bulan April 
yang berbahagia ini.. So senang and mudah nak join, korang pi la 
sendiri kat blog Peja ni. Tetiap bulan dia wat lucky draw ni tau, tapi bulan ni 
dia kasi up lagi itu price prize lah..
Hadiahnya 
Tempat 1-3
Wang tunai RM50

Saguhati X 5
Wang tunai RM10

Link cabutan bertuah: http://bit.ly/gu4teC



Mari baca lagi...

Komen link buat pasei...

Camne tah blog akak ni takleh orang nak komen..
Mana pegi tah link nyer, ahkak pun tak tau...
tu la gatai tangan sangat godek sana godek sini, 
buang sana delete sini, hah...kan dah hilang.
Tapi takpe, skang akak tukor pakai CommentLuv plak...

 nak ce try test dolu.. orang kate bagus..
so hopefully, rajin rajin le korang mengomen kat blog akak ni ye...
Adios..!




Mari baca lagi...

@BREAK! Join bloglist Mah@mahu.com

Nak join lucky draw plak kali ni...
Hopefully menang le, dapat menambah koleksi kenalan.. :)


Saya ingin menyertai bloglist Mah@mahu kerana saya berharapan besar
orang akan nampak dan klik blog saya, kasi up trafik skit dan
baca entri dan kasi komen...

Kamu diTAG olehku
 .::  LennMommaChubby  ::.


Mari baca lagi...

Telur palsu?!

Telur ayam pun ada yang palsu ke?
Bunyi cam pelik.. palsu tang mana?
Ayam pondan punya telur ke?
the star online
Kes ni berlaku bila seorang wanita mendapati 30 biji telur yang dibelinya 
di Pulau Tikus, P. Pinang palsu belaka. Kalo nak tau rupa telur palsu tu,
kulitnya lebih keras, telur putihnya lain macam kelikatannya. Akak pun
tak pasti camne rupanya, tapi menurut kajian analisis yang dilakukan di KL
telur tu mengandungi bahan kimia yang berbahaya.. alamak! takutlah plak,
kut kut selama ni dah termakan telur palsu. Macam-macam cara dorang 
ni nak cari untung ye, ape nak jadi pun tak tau....



Mari baca lagi...

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2010

TAHNIAH buat Sam. Akak rasa OK la dia menang and no komen.. 
I Louve You!
Shaheizy Sam
BINTANG PALING POPULAR

Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani

Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular - Yuna

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Sixth Sense

Artis Nasyid Popular – Rabbani

 Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha

 Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali

 Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
Artis Komedi Wanita Popular – Norkhiriah

 Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

 Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

Datuk Rosnani Jamil 
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

TAHNIAH BUAT SEMUA!





Mari baca lagi...

Mana perginya duit seringgit??

Sape dapat jawab misteri kehilangan seringgit ni, memang akak respek gegiler...

Mamat nak beli sepasang kasut berharga RM97 tapi takde duit.
Dia pinjam maknya RM50, abangnya RM50 dan sekarang dah ada RM100.
Mamat beli kasut idamannya tu dan dapat balik baki RM3.
Dia pulangkan RM1 pada mak dan RM1 pada abang,
so skang hutangnya pada mak RM49 dan abang RM49.. betul tak?
Dalam tangannya ada lagi RM1. Masalahnya, RM49 + RM49 tak ke RM98?
Campur lak RM1 yang Mamat pegang tu, jadi la RM99.
So mana peginya RM1 lagi?? Sape dapat jawab memang ko teror la..

Sori le, akak tak bagi hadiah pown... sekadar suke suki..



Mari baca lagi...