Monday, October 22, 2012

Menang Cincin Emas

Wah.. wah.. wah..
Cam tak caya je ahkak dapat cincin emas free.
Iya.. betul betul free ni.. tak tipu..

Camne leh dapat free..?
Ahkak telah menjoinkan diri dalam contest kat FB.
Tu la sebabnya dah tak berapa layan blog.. hahaha kantoi

Ahkak meme dah lama dok usha nak simpan emas buat 
invesment untuk masa depan.. tapi bukan cara pelaburan skim ea...
tak mao.. tak mao..! Kang sendiri yang susah..

Ahkak juga berkesempatan attend seminar emas, just untuk
tahu lebih lanjut dan gali ilmu emas.. so rasa cam minat laks...
So, my target nak kumpul emas mulai Januari 2013!!
Ya.. itu azam saya.. sapa mao join?

Apape pun.. tq so much to Ihsan kerana amat bermurah hati
bagi cincin free.. nanti akak roger2
 

Mari baca lagi...

Wednesday, October 17, 2012

Lee Chong Wei dah kahwin

posing ala² Korean.. awesome

"Bagai pinang dibelah dua." 
Itulah kata yang tepat untuk menggambarkan pasangan badminton negara, 
Dato' Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. 

Selepas menanti dan merahsiakan percintaan mereka selama 11 tahun, 
pasangan ini memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka tanggal 
10 November akan datang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Dato' Lee Chong Wei memberitahu kesabaran yang ada pada bakal isterinya yang juga merupakan pemain badminton wanita nombor satu negara itu membuat hatinya tertawan.
"Kami berkenalan sejak 11 tahun yang lalu ketika masih di zaman remaja. Hubungan kami pernah terlerai sepanjang tempoh tersebut. Sudah tentu terdapat salah faham yang timbul di antara kami tetapi dia sentiasa berada di sisi saya. 

"Dia kenal dan mencintai saya sejak saya bukan lagi di kedudukan sekarang dan ia tidak pernah berubah. Dia sudah lama menunggu saya. Dia seorang yang penyabar dan saya sukakan kualiti itu dalam dirinya," ujar Chong Wei yang bakal menginjak usia 30 tahun pada 21 Oktober ini. 

Perancangan perkahwinan mereka hampir tergendala kerana nenek Mew Choo meninggal dunia baru-baru ini. Menurut adat orang Cina, mereka perlu berkahwin dalam tempoh seratus hari selepas pengebumian atau menunggu selama tiga tahun lagi.
"Tidak mungkin saya akan menunggu lagi tiga tahun. Jika menunggu, saya sudah terlalu tua untuk berkahwin," katanya lagi. 

Chong Wei turut menjelaskan dia tidak bimbang kehilangan peminat wanita 
selepas berkahwin nanti.
"Berkahwin dan bermain badminton adalah dua perkara berbeza. 
Saya yakin, kebanyakan peminat lebih fokus dengan karier badminton saya berbanding hal peribadi. Saya teruja untuk mengahwini Mew Choo tetapi saya yakin tidak akan kehilangan peminat saya. Ia tidak akan menjejaskan apa-apa." 

Chong Wei memberitahu dia turut menjemput 'musuhnya', Lin Dan dan isteri, Xie Xingfang namun kurang pasti sekiranya mereka akan hadir kerana pertandingan China Terbuka akan bermula pada 13 November sehingga 18 November.

p.s : TAHNIAH LCW & WMC..

sumber The Star & Yahoo
Mari baca lagi...

Thursday, August 30, 2012

Nyaris mati pos diri sendiri untuk hadiah harijadi awek

Seorang lelaki yang membungkus dirinya di dalam kotak dan diposkan kepada teman wanitanya hampir mati selepas kotak bungkusan itu telah sesat masa pengeposan.

Menurut The Sun di London, Hu Seng, dari selatan China,  
hampir lemas selepas mengirimkan dirinya ke pejabat teman wanitanya 
dalam kotak yang tertutup sebagai satu kejutan hari jadi.

Apabila kotak akhirnya tiba selepas kelewatan tiga jam, Li Wang (
teman wanita)
terkejut apabila membuka bungkusan itu mendapati pakwenya tidak sedarkan diri.

Seorang rakan Seng juga menunggu berdekatan, kononnya nak ambil gambar kejutan.

Selepas dipulihkan semula oleh paramedik, Seng berkata beliau tidak sedar 
projek suprise itu akan mengambil masa yang lama.

"Saya cuba untuk membuat lubang dalam kadbod tetapi ia terlalu tebal 
dan 
saya tidak mahu merosakkan kejutan dengan menjerit," katanya kepada The Sun.
Paramedik berkata kotak kadbod itu terlalu tebal untuk dibuat lubang udara.

p.s : Hah! Hamekk ko... tapi romantiks...
Mari baca lagi...

Sunday, August 26, 2012

Esok hari Isnin weiii....

Kerja! Kerja! 
Hmmm.. ntah la... 
nak kata masih dalam mood raya, memang dalam bulan syawal lagi
Nak start kerja semula tu yang liat skit rasa nyer... Adoyai...
Mari baca lagi...

Friday, July 27, 2012

Logo London Olympics 2012

Jom layan LOGO Sukan Olimpik London 2012


Logo rasmi dalam 5 variasi warna - yang fisrt tu untuk PARALYMPIC GAMES

VERSI KORPORAT


Design yang ni pun, bagi aku agak OK...
Simple dan kreatip - 2012don nampak cam London
Mari baca lagi...

Thursday, July 26, 2012

Perasmian London Olympics 2012

Jangan lupa tengok perasmian Sukan Olimpik London 2012 pada 27 Julai 2012.
Ahkak memang suka tengok open and closing ceremony event besar2 ni
especially Olympic Games... gah gitu...


Apapun, majlis perasmian Olimpik malam ini menjadi satu rahsia besar
Britain yang dikawal rapi walaupun lebih 100,000 orang telah melihatnya semasa sesi raptai.

Mana taknya.. ko tengok la sapa pengarahnya...? Bukan calang-calang orang hokei...
Danny Boyle uols, pengarah Slumdog Millionaire tu.. Dia mahu memberikan kejutan pada dunia,
jadi dia meminta sesapa yang telah menontonnya persembahan extravaganzanya masa raptai,
tidak diupload di internet.


Tengoklah prop berkonsepkan ala-ala cottage di tengah-tengah Stadium Olimpik, Stratford, London.
Apa agaknya 'permainan' Boyle yang bernilai bermillion2 pound ini? Yang pasti
stadium akan dipenuhi dengan sekurang-kurangnya 62,000 penonton, 16,000 atlet, 10,000 penghibur 
dan juga ada haiwan - biri-biri, kuda, ayam, lembu, kambing, anjing juga angsa. 
Dah macam ladang ternakan pulak.

Pasti meletups, kan? Tak sabor ahkak nak nengok nyer... kul bape ek?
Mari baca lagi...

Akhirnya.. dapat juga merasa

quickie post - malas nak taip banyak banyak..
sejak duajak ni agak kesibukan dengan ntah apa mende
jadi layan je la..

Majlis aqiqah dan cukur jambul anak sepupu ahkak..

baby Iman Kamila with Asya


haaa... ni la motif sebenarnya... yummy
ahkak memang dah lama sangat tingin nak makan marshmallow celup coklat
akhirnya dapat juga merasa.. terima kasih tuan rumah ~ MakSu n Meen
Mari baca lagi...

Kelebihan Ramadhan

Ramadan wallpaper Ramazan wallpapers

Sedikit perkongsian mengenai kelebihan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

"Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan
kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata,
"Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari
beban-bebandan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan
mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini
apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. 
Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?"
Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)
Mari baca lagi...

Wednesday, July 11, 2012

Cakar Ayam Sarang Burung dan Telur Pindang idea doorgift



Ni la doorgift buat para tetamu masa adik ahkak kawin 3 Jun baru² ni.
Telur pindang, diletakkan dalam sarung dari crepe paper yang kami
adik beradik buat sendiri... simple jer..
Yang cakar ayam berbentuk sarang burung tu,
ahkak oder last minit kat internet khas untuk belah pengantin perempuan dan sedara mara.
Telur tu ahkak masukkan sendiri, tapi penjual tu ada jual pakej sekali
dengan gula² bentuk telur puyuh.. comey!
Harga berpatutan, yang ahkak amik ni harganya RM 1.20 satu set (cakar ayam+tag+plastik).
Nak tau mana ahkak oder? 
Sila bank in kan RM10 je kat ahkak untuk infomasi itew...
hahaha...

new update (02.10.2017)
oleh kerna ramai gak yang bertanyakan mana nak order
dan ahkak pun jarang-jarang bukak blog skang ni
so dengan senang ati ahkak bagitau tempat ngodernya
Mari baca lagi...

Monday, July 2, 2012

Tudung Murah Collections GIVEAWAY

Dear uoals... hari ni ahkak mau join GA ni..
kalian2 di luar sana yang berminat, bolehlah menjoinkan diri bersama
Klik sini untuk tau terma & syaratnya..

Ahkak TAG kamu
: feeni :
eitcha :
Mari baca lagi...

Thursday, June 28, 2012

Kedai Tukang Gigi Klasik

Story ni dah lama berkepuk kat draft ahkak... malas nak hapdet.
Alkisah hujung bulan Mei ahkak balik to my hometown - Kuantan.
Ahkak meneman la my mama, katanya nak repair gigi.
Ahkak ingat nak ke klinik gigi la, rupanya kedai tukang gigi.
ramai customer di kedai yang klasik ini

Kedai ni memang orang tak perasan coz terletak di atas kedai 3 tingkat,
tapi ramai customer.. klasik tol. Tengok la tulisan kat kedai sebelah tu,
masih menggunakan perkataan Melayu lama 'SAPERTI' = SEPERTI.
Ahkak bajet mesti dah wujud tahun 70an lagi..

2 orang pekerja buat gigi - apek and amoi

Pakcik apek ni mesti OTAI buat gigi.. my mama kata kedai ni memang dah lama.
Gigi palsu yang kat klinik dan hospital area town ni, kedai ni la yang buatkan..

amoi merepair gigi pelesu dengan peralatan biasa2 aje

Respek kat kedai tukang gigi ni, lama bertahan walau tanpa perlatan canggih.
Masa ahkak datang, pelanggannya semua melayu.
Oleh kerana tempat duduk kat dalam dah penuh, ahkak and my mama
duduk kat luar menunggu turn. Ahkak pun curik² snap gambar.
Amoi tu agaknya terperasan lagak ahkak cam paparazzi, terus dia keluar.
Hingatkan nak sound aku, rupanya tanya nak repair gigi ke? Fuhh!
My mama bagitau problemnya dan amoi tu terus repair kejap, dah settle.
Free je... Pergh, customer service baek punya. I like!
Mari baca lagi...

Wednesday, June 20, 2012

Potong Q

WORDLESS WEDNESDAY

Mende la orang ni...
suka suki je nak potong Q
orang lain pun nak cepat jugak...

Pernah tak korang merungut cam tu?
Mari baca lagi...

Sunday, May 27, 2012

Hari Belia Negara 2012

Setiap tahun Hari Belia Negara disambut dengan meriah sekali.
HARI BELIA NEGARA 2012 di Putrajaya kali ini akan di sambut dengan lebih hebat lagi.

Putrajaya akan menjadi "LAUTAN BELIA" apabila lebih DUA JUTA belia akan 
membanjiri Putrajaya untuk menyaksikan berbagai pertunjukan, pameran, 
peluang pekerjaan, mempamerkan bakat dan menyaksikan bermacam persembahan 
dari berbagai kumpulan muzik.


Saksikanlah bagaimana meriahnya suasana apabila berpuluh pentas disediakan 
untuk persembahan termasuk persembahan sebuah kumpulan K POP dari Korea Selatan. 
Bagi mengetahui berbagai peluang, kehebatan dan keriangan Hari Belia, 
saksikan HIMPUNAN JUTAAN BELIA dan LIKE web berikut:

Tarikh : 23 – 27 Mei 2012
Hari : Rabu – Ahad
Tempat : Dataran Putrajaya
Masa : 9.00pg – 5.00ptg

Facebook : www.facebook.com/HariBeliaNegara2012

Website : http://www.hbn.gov.my

Twitter : www.twitter.com/HariBelia2012

Picbadges : http://www.picbadges.com/hari-belia-negara-2012/2534377/?
utm_campaign=viral&utm_medium=short-url&utm_source=other
Mari baca lagi...

Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day 2012


Doodle from Google

Kepada semua yang mengajar secara langsung atau tidak langsung,
Selamat Hari Guru
Jasamu dalam menyampaikan ilmu akan ku kenang..

Jom layan Google doodle dari tahun 2005

2005
2006

2007

2008

2009

2010

 2011
Mari baca lagi...

Tuesday, May 15, 2012

Mini Giveaway by CikHannah : Jom Jejalan


Ahkak teruja nak join GA ni.. 
almaklum le baru pegi bercuti jadi ada la suggestion tuk
Hannah & Family gi bercuti² ...

So Hannah, tempat best pegi bercuti, of course ke pulau².
Try le datang ke Semenanjung pulak, kan..

Kalo nak best soping coklat, perfume, travel bag murah²..
Kalo nak buat aktiviti island hoping, nak try bagi helang makan,
nak naik cable car, tengok makam bersejarah, merasa mandi waterfall bagai

Kalo nak santai² tepi laut, buat aktiviti snorkeling, diving,
nengok ikan cantik² berenang-renang di lautan jernih
boleh la pergi ke Pulau Perhentian or Pulau Tioman...

Ke mana pun Hannah & Family pergi bercuti, selamat bercuti...

Ahkak suka koleksi tudung & shawl ScarfSweetHoney
Cantik² belaka.. paling kenan Shawl AMRAA dan
tutorial pun ada disediakan, best betul..
Mari baca lagi...

Monday, April 30, 2012

ShareYourLoveWithCards GiveAway


Pergh.. kreatif dan cantiks sungguh.. shareyourlovewithcards
kalau dapat la ini hadiah.. ahkak nak bagi kat adik yang nak kawin Jun ni..
pasti jadi wedding of the year gitu...

Last date untuk join : 30 April, ari ni.. yeehaa
Mari baca lagi...

Saturday, April 28, 2012

Travelog @ Langkawi - Part 4 (Last)


Day 3 - 12.04.2012 (Khamis)
Alhamdulillah.. syukur kepadamu Ya Allah, kami masih bernafas pada hari ini.
Hari ni menghabiskan setengah hari di hotel, coz flight malam.
Bersiar-siar di tepian pantai... tenang dan nyaman.

Check out kul 12 terus ke pekan Kuah. On the way, berenti jap
kat kedai gamat lain pulak, nak cari juga gamat kering.
Akhirnya kat kedai ni ada, RM36 utk 4 keping gamat sebesar
ibu jari lelaki dewasa. Dasat jugak regenya, kan?

Operasi Survey :
Kat Kuah tinjau2 beg tarik (travel bag), itu point utama selain nak cari ceklat murah..
Dah habis round Kuah dan dah kenalpasti kedai mana nak beli,
kita makan dolu... pergi makan McD.. pastu datang balik ke Kuah.


Operasi Shopping :
Tak sah kalo tak beli ceklat DAIM. Rata2 kedai jual RM14.50
tapi ada satu kedai jual RM14.40... kalo ko memborong tak ke dah jimat
walaupun seposen jer kurangnya.
Ceklat Cadbury pula paling murah jumpa RM7.90 satu, tapii..
kat kedai tu lagi murah, 2 for RM15.50.. ada tu siap pack 2 for RM13.00,
yang ni ahkak nengok expiry date dalam 2 3 bulan lagi.. okeh la tu.
Beg tarik pun comel dan murah skit kat sini... ahkak sambar satu.
Kedai apakah itu? Kedainya sebelah Hj Ismail Group iaitu....

cam lukisan plak bekgraun nyer..

Habis nyoping, ada banyak masa lagi, maka kami ke Dataran Helang.
Cuaca sangat cantik dan terik woo.. tapi bila snap gambar, sangat cantik.
Lepas tu ke Lagenda Park yang bersebelahan tapi tak masuk pun..
just posing² kat signage luar tu..

Dah penat kat situ, kami tak tau ke mana lagi, just round² abiskan minyak.
At last lepak kat Pantai Cenang, rehat and posing jap..
Subhanallah.. sungguh catik pemandangan di kala senja..


waktu senja di pantai Langkawi

Dan ahkak pun naik flight kul 10.30 pm tapi flight sampai awal 10 minit..
jadi sampai KL pun awal...

~ THE END ~

Mari baca lagi...

Thursday, April 26, 2012

Travelog @ Langkawi - Part 3

Sikit punya seksa daaa.. nak ngabiskan citer..
Meh ahkak sambung... kisah tsunami...

Sampai hotel dah kul 7 petang.. ajak anaknda sulong jalan2 pantai dan cari kolam.
Rupanya jiran-jiran bilik ahkak kebanyakannya omputih belaka..
Ingatkan tak ramai penghuni, sebab senyap sunyi je...

dah lama tak nampak bunga ni... tingat zaman kanak-kanak

Sedang berjalan di tepian pagar, datang sebiji motor slow jer kat kitorang...
suspen gak ar... orang motor tu tegur, nak pergi mana ni cik?
Sajer jalan2 nak ke pantai...  (nak ngorat aku ke hape??)
Cik, jangan ke pantai... cik balik ke bilik, sebab pihak hotel dapat amaran tsunami.
Telinga ahkak ni cam dengar tak dengar jer perkataan tsunami tu.. blur kejap!
Betul ke ada tsunami..? sambil sengeh2 macam diperolokkan.
Betul cik, petang tadi Acheh gempa bumi kuat, kita bimbang tsunami terjadi.
Kita terima arahan tsunami sampai kul 9 malam ni..
Jadi cik balik bilik tunggu arahan dari pihak hotel atau cik boleh tanya reception...
Bila ahkak dengar je Acheh gempa bumi baru rasa percaya...
dan dan tu jantung dupdap dupdap.. dengan pantas ahkak ajak anak balik bilik
sambil sesekali berpaling ke arah pantai, kut2 ombak naik... (rasa cam berlakon pilem lak).

air yang tenang jangan disangka tiada tsunami...

Bagitau incik ayah, dia pun cuak gak.. habis tu nak kuar makan camne ni?
adeh...itu yang dicuakkan...? tetiba dia boleh berfikir waras semula,
mana nak lari? dah la bilik kita bawah, tepi pula tu... hah!
kalo air naik kita lari naik tangga (tangga betul2 depan bilik)
ahkak pula terfikir, kalo air naik, dia tak naik macam banjir tu,
meleleh dari bawah naik ke atas...
ini kita cakap pasal tsunami, sekali datang, WOOSH u away tau...
kot nya tengah lari naik tangga tu tsunami swoosh, habis...

Memang tak senang duduk dalam bilik, mata tak lepas dari tengok
message yang bergerak2 kat TV3 tu.. apa nak panggil pun tak tau.
Kejap2 incik ayah intai luar tingkap, luar tu gelap gelemak macam la nampak apape..
Perut lapor weh... dah kul 8.30.. argh tak leh jadik ni,
ahkak call reception tanya perkembangan terkini..
cik, arahan tarik balik tsunami tu sampai kul 9 je kan?
eh, tak... kami baru dapat arahan selanjutnya, arahan tu sampai kul 3 pagi..
appa...? ok let's say anything happen, mana tempat selamat nak pergi?
cik, jangan panik.. (sambil ketawa sinis, cisss) nanti kita beritau.. 
kejap  lagi staff kami akan edarkan flyers ke bilik2

Bagitau incik ayah arahan tu sampai kul 3 pagi... terkejut gorila dia..
ok sempat lagi kita keluar makan ni, jom! Dengan pantas jalan ke kereta..
bertembung ngan staff yang edar flyers, ingatkan flyers tu bagitau la
perkara or tempat yang selamat kalo tsunami melanda, rupanya
just nak inform arahan tu sambung sampai pukul 3.. itu aku dah tau..
ah... lantak la, aku nak pi melantak dulu... anak2 dah lapor..

Makan dekat2 je.. Restoran Maya, budak nak makan western (RM50)
incik ayah sesaja tanya budak waitress tu, apa citer tsunami?
dengaq2 ayaq naik pukui 2 pagi... ah sudah...
dah tu hang nak lari mana? taktau la kami...
jeng jeng jeng...

Balik bilik hotel dah pukul 10.30.. terus ON tv..
message bergerak tu tulis... arahan tsunami ditarik balik pada pukul 10 pm..
alhamdulillah... lega skit tapi kena berjaga-jaga juga.. tidur malam tu tak tutup tv.
Ahkak kejap2 terjaga, tengok berita terkini... kang terjaga lagi, tengok tv lagi
plus slowkan aircond... sejuk beku dibuatnya, angkara incik ayah...

to be continue again... last episode




Mari baca lagi...

Tuesday, April 24, 2012

Pening masalah pengasuh

Dari semalam lagi mood resah gelisah, kacau bilau..
mana tak nye, BPH dah serbu rumah-rumah pengasuh, tak kasi ngasuh budak lagi...
atas alasan tak boleh menjalankan perniagaan di kuarters... #@??
ngasuh anak ni perniagaankah? atau perkhidmatan? ke sama jer..?
AHKAK CONFUSE!!

Wadduh... mana aku nak antar anak ni... 
taska kat opis ni dah takmo terima budak dah..
yang taska swasta lak, ahkak tak mampu nak bayar lebih.. 
ahkak bawa anak kerja sama2  la cam ni...

baru nak mengecapi kesenangan hujung bulan ni dah datang problem cenggini..
adakah releven dan rasionalnya BPH buat begini? 
tak memikirkan langsung kesan terhadap staff yang berstatus rendah cam kami nih..
kalo disediakan tempat untuk menjaga anak bagi selesaikan masalah ni, takpe la juga..

Pasti ramai parent gundah gulana, pasti banyak dah aduan dibuat, 
minta tolong dengan semua pihak yang boleh membantu kami yang susah hati ni..
kami para ibuk2 bapak2 sekalian berharap BPH dapat memikirkan semula atau
memberi kelonggaran pada pengasuh anak di kuarters, mereka banyak berjasa pada kami yang bekerja ni... (baru ko nak ingat jasa yer...)

Pada pengadu domba pada BPH itu, ko dah nyusahkan orang laen tau tak???
Ko bermasalah ngan pengasuh sampai ke KSN ko ngadu yer... ceh! cam budak kecik!

p.s : sori, hari penuh emosi tanpa kawalan
Mari baca lagi...

Saturday, April 21, 2012

Travelog @ Langkawi - Part 2

Day 2 - 11.04.2012 (Rabu)

Tengok map dulu, plan nak gi mana.
Sebelum ni dah pernah ke Cable Car dan Makam Mahsuri, 
tapi pergi je la lagi... sebab kali ni pergi ngan family sendiri 
lain skit suasananya, sumer ahkak n hubby kena urus dan rancang sendiri..


9.00 pagi gerak ke Cable Car..
On da way ke sana, singgah dulu kat Telaga Harbour Park.
Sajer nak tengok bot layar..
cantik juga senarionya!


Then terus ke Oriental Village (Cable Car).
Apape hal round² dan makan brunch (breakfast+lunch) dulu kat foodcourt (RM25).



Token / Tiket Cable Car :
Dewasa : RM 15 / Kanak-kanak : RM 10
Ayah budak tak nak naik sama, gayat tah ape...??!


 subhanallah nice view...

Turun dari cable car, cari incik ayah.. rupanya kat tempat rusa.
Try nak bagi rusa makan tapi sikit punya debar duh..
Macam² ahkak tanya pakcik jaga tu... (aku panggil dia pakcik?? mudanya aku..)
rusa ni gigit tak? gigi banyak tak? apa rasa lidah rusa?
Last² pejam mata, hulur tangan... yukss... ngeri ke..? tak ah
takde apape pon... siap paksa budak² bagi pulak... trauma memasing! hahahai..

eeiii... geli's you....

Lepas ni destinasi dituju adalah crocodile farm, ni request hero ahkak..
Jalan punya jalan (tipu... naik kete..) tak jumpa signboard,
tak jumpa simpang yang ada dalam map.. ku rasakan kita sudah terlepas..

Okey takpe... kita ke Wildlife Park je la..
Tiket masuk dewasa RM12 / kanak² RM8
Makanan haiwan RM6, yang ni takmo beli pun takpe..
Berbaloi ke sini.. banyak binatang dan kawasannya luas dan cantik..


2 jam kat sini... amende la yang dibuat..ahkak pun tak sedar.
Lepas ni kita pi Makam Mahsuri pulak yer... macam rombongan skolah laks..
Tiket masuk dewasa RM5, kanak² RM3
Round² dalam tu, takde ape sangat pun, lepak minum petang..
 sambil makan peneram dan kuih karas yang dibeli kat dalam ni..
Tak buat apape pun makan 2 jam gak la kat sini... pas ni ke mana plak?



Incik ayah nak ke Jalan Bayas carik gamat kering n herba tongkat ali,
member opis kirim. Ahkak lak nak beli gamat susu kambing, my sista kirim.
Berhenti di Nusantaramaju Ent. gamat kering takde.. ok takpe

Lepas tu balik hotel la.. budak² dah penat bangat. Lalu di kawasan bukit
'pemandangan indah', nak la tinjau jap tapi bebudak sumer dah lelap..
teruskan perjalanan ke Padang Matsirat. Incik ayah kata singgah jap la
kat Beras Terbakar dah alang² ni kan... Tengok signboard ada tapi
takde arrow.. aik? mana pulak beras terbakar ni? Tengok map, kat Atma Alam je
tapi tak jumpa pon... last tanya orang kat Petronas...
Rupanya dah salah jalan.. sampai sana tengok lengang jer..
dah kul 6.00 pm tutup dah kot.. rasa cam malas je nak turun ahkak pun
gitau incik ayah suh balik jer... tu baru 4 tempat, dah penat.

Rupanya time² petang gini, Pantai Cenang happening dengan gerai bergerak
di tepi jalan.. cam best jer, ada rojak, cendol, laksa n memacam lagi..
tapi tak berenti pun, nak balik hotel cepat.. penats.

to be continue... (kisah tsunami)


Mari baca lagi...

Wednesday, April 18, 2012

Travelog @ Langkawi - Part 1

Akhirnya tiba masanya untuk berholiday yang telah dirancang dari tahun lepas lagi.
Pergh... lama siot... yang pastinya anak2 la yang paling hepi... pestaim naik eroplen!


Sebelum tu nak citer la skit expenses ahkak ke sana...
1. Tiket Air Asia buk pada Mei 2011, dapat seat 10¢ tuuu... entrinya di sini...
gedebuk gedebak... tiket pergi balik 5 orang + baggage 20kg + tax = total RM142

 2. Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi @ Federal Villa
Buk bulan Feb 2012 lagi.. RM77 x 2 hari = RM154


Day 1 : 10.04.2012 (Selasa)

Bergerak dari Putrajaya Sentral → Salak Tinggi → LCCT @ RM19
Flight kul 9.15 malam, tunggu punya tunggu, akhirnya 9.45 pm baru fly..

10.40 pm sampai di Airport Langkawi, terus jumpa member yang buk kan kete sewa.
Kereta Nissan Sentra @ RM100 x 2 hari. Isi minyak RM40

Gi hotel dulu... menyusuri Pantai Chenang.. 
wah.. dah happening area Underwater World ni.. cam 'walk-walk' dah..
Last skali ahkak pergi tahun 2006, takde la semeriah mana area ni..
Check-in hotel, then kuar balik nak pergi makan.. sumer lapor.
Ke restoran dekat2 hotel tu je - Restoren Mangga.
Air ais2 (4) + pelbagai nasi goreng (3) = RM23.

Lepas makan, balik tido la.... 
dah kul 12.30 am, area hotel gelap gelita,
sumer bilik pun gelap jek.. tak ramai kot duk sini,
cam seram la pulak...

to be continue....

Mari baca lagi...