Thursday, October 14, 2010

Baca ni sebelum potong kuku mu...

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang memotong kukunya pada;

Hari Sabtu :  
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari Isnin : 
 Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa :  
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :  
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis :  
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya 
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya ya adik2...
Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.
Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah
dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan
sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri
sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.
Korang refer la kat pic kat atas tu hah...

Selain tu, kita juga perlu buang kuku tu di tempat yang tidak kotor,
eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah,
Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih bersinar

Wallahua'lam.