Thursday, August 4, 2011

Resipi agar-agar oreo yang glamor di Ampang

Pagi tadi sebelum gi kerja, akak terdengar dari TV3 tentang
agar-agar oreo popular di pasar ramadhan Ampang..
terkocoh-kocoh akak yg tengah bermekap nak tengok tv
tapi dah habis plak si Ally Iskandar tu bercakap..
incik somi yang cam paham je situasi ke'pinga'an akak tu pun bagitau
Si Ally tu baca paper Kosmo!
Gi opis akak bukak kosmo online punyer la lemb!
hangin je aku... tapi takpe bak kata semua informasi di hujung jari
akak pun cari je la resipi tu tapi punya la banyak version pulak...
yang mana satu popular di Ampang ni? konfius.. 
tapi akak rasa cam nak try yang ni.

Agar-Agar Coklat Oreo


Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )
  • 1/2 paket agar-agar stripe atau ( 1 paket serbuk agar-agar)
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan
  • 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara
  1. rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
  2. sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. setelah semua sebati, curah bancuhan agar-agar didalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi. 

terima kasih pada onigiri@myresipi.com
Ini untuk version coklat, yang version susu pun ada..
yang ni dicedok dari Homemade Kek

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar Konnyaku
  • 150gm gula  (ikut tahap kemanisan yang disukai - Oreo pun manis tau)
  • 800ml air
  • 1 paket Oreo kukis - boleh dihancurkan kasar atau halus atau letak sekeping2
  • 500ml susu UHT Dutch Lady (Low Fat or Full Cream)
CARANYA:
  1. ikut cara masak serbuk agar-agar tu kat bahagian belakang bungkusan agar-agar tu
  2. sementara tu, kalau nk hancurkan atau kopek je Oreo tadi boleh lah...  
  3. bila agar-agar dah masak, tuangkan susu - kacau rata atas api perlahan
  4. sendukkan ke dalam acuan - agak dalam 1/2 inci
  5. taburkan / susun Oreo atas lapisan agar-agar tadi - sejukkan
  6. bila agar-agar dah keras, tuang selapis lagi agar-agar
  7. ulang langkah 4 dan 5 sehingga habis