TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Kacang bersalut perisa wasabi

Alkisah aku tingin nak makan kacang peas yang bersalut,
ternampak ada perasa ke perisa wasabi.. ah sama jek bagi aku. 
Boleh la try sebab aku memang nak try rasa mende alah wasabi ni 
tapi malas la beli kat tempat sushi, kan... padahal tak suka sushi

ada bran? cer try la...

Esoknya bawa kat opis, sambil² buat kerja leh la ngunyah.
Amik sebijik masuk mulut... wat da rasa...? Cenggini rasa lu wasabi?
Tengok citer jepun orang makan wasabi cam best jek macam
makan sambal belacan tapi ngupe nyer... camne nak diskraip ye..
rasa pahit² skit dan gasnya menusuk hidung sampai bleh berair mata.
Aku rasa takleh blah.. putus selera aku nak ngunyah², so aku pas kat DikYun,
member sebelah aku. Sib baik dia OK, pasal dia dah penah try wasabi.

Tengah aku sembang pasal masalah deria rasa aku ngan dia, lalu la sorang
hamba Allah ni tegur 'apa tu?' . 'Amik la... banyak skit'
masuk jek mulut dia... 'wei.. apa ni, ko saje nak kenakan aku yer'
'hahaha.. apa lak kenakan.. dah lu nak, wa bagi la'
lantas dia hulur kat orang len dengan peket² skali.
Apa lagi menjerit la orang tu.. 'WOI!! ni apa ni? Minyak pelita ke petrol
ko bagi aku ni...? 'Bukan aku punya... neng!' 'Tak baik ko neng, pedajalkan orang'
Pulok dah! Bila masa aku pedajalkan orang, aku sendirik pun terkena!

hahaha.... kesimpulannya di sini ialah
bukan aku sorang je yang tak penah makan wasabi.. dorang pun sama!
Apa pun kacang itu habis juga dimakan oleh DikYun dan aku...
pulun slow² sedap gak dowh..

Aku bagi markah 4/10 to CRIS Wasabi Coated Green Peas