Tuesday, October 25, 2011

Nenek punyai 247 cucu cicit

Seorang wanita Muslim Filipina, Bai Ulan Kudanding memecahkan rekod dunia dalam Guinness World Book of Records kerana mempunyai keluarga terbesar dan teramai di dunia.

Kudanding yang mempunyai seramai 247 orang cucu mengalahkan rekod lama yang dipegang oleh pasangan daripada United Kingdom dengan bilangan cucu seramai 99 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 107 cucu, 138 cicit dan dua cicit-cicit. Bagaimanapun, Kudanding masih mengingati nama anaknya seramai 14 orang.

Utusan Malaysia