Tuesday, June 28, 2011

Pemenang cipta logo Transformer

Respect la budak ni....
Kerana berani mencuba dan submit designnya,
dia telah berjaya dipilih sebagai pemenangnya..
Ni la hasil karyanya... yang penuh kontroversi dek ketidakpuashatian mat saleh
ape lah dorang tu, LP dah pilih dia yang terbaek, korang nak kecoh2 pe hal



Remaja Malaysia Menang Peraduan Cipta Logo Antarabangsa Edisi Terbaru Filem Transformer

ALOR GAJAH, 27 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".

Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon" yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.

Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.

Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai inspirasi mereka logo itu, katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.

"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.

Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan cita-cita anaknya dalam bidang yang diminati.

"Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.

Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut.

-- BERNAMA




Mari baca lagi...

Monday, June 20, 2011

Diam seribu bahasa

Huihhh... lama tul tak hapdet! hampir sebulan dowh... 
Sesuai sangat dengan orangnya yang pendiam... ceh!
Tu le, orang berblog, ko pun sama nak ada blog gak,
pas tu takleh nak layan... cis, hangat2 taik ayem...

Plis, jangan nak wat speku, akak bizi tau. BZ!
Pepetang hari sibuk dengan xtvt sukan, memalam lak....dah keletihan! 
Ye la, bila bersukan peluh dan tenaga banyak kuar,
tu yang malam letih tu... so tido pun awal la..

Tapi takpe, akak akan try cari dan gali apape news untuk dientrikan.
Kasi hidup skit blog aku ni...

p/s: cer teka, xtvt apakah yang aku ceburi itu?

Mari baca lagi...