TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



KEMBALI SEPERTI SEMULA

 

SEMUA KEMBALI SEPERTI SEMULA
Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa solat;
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu;
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan;
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira;
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis atas Kepergianmu.

Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah;
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu, telah memasukkan kamu kedalamnya setelah mati.

Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan;
Ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu;
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran;
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". (Surah Al-'Asr)