Friday, March 15, 2013

Kuasa Allah : Masjid Kobe Bertahan Dari Bom Atom!


Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. 
Ia dibina pada 1928 di sebuah kawasan yang bernama Nakayamate Dori, Chuo-Ko. 
Kobe di dalam bahasa Jepun bermaksud Gerbang Tuhan (Gate of God). 
Pada tahun 1945, Kobe telah terlibat dengan perang dunia kedua 
yang menyaksikan peperangan di antara Amerika dan Jepun 
di mana pihak Amerika telah memutuskan untuk mengugurkan bom atom 
ke atas beberapa bandar di Jepun. Peperangan itu menyebabkan Jepun kalah teruk 
di mana dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima menjadi tanah rata. 
Bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Ketika bangunan sekitarnya 
menjadi hampir rata, Masjid Kobe tetap berdiri tegak! Masjid ini hanya 
mengalami keretakan dan cerminya pecah. Kekukuhan Masjid Kobe diuji sekali lagi apabila 
gempa bumi paling dasyat berlaku ada 1995 tepat pada pukul 5.46 pagi Selasa. 
Ia masih lagi berdiri utuh! Begitu besarnya kuasa Allah SWT. 
Sehingga kini Masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, 
seakan tidak bergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana. 
Lihat gambar-gambar di bawah ini..




sumber : MyNewsHub