Dah nak posa ni, ingat lagi tak niatnya? Tak ingat takpe..
maklum le niat setahun skali, ye dak...
Mari kita refresh kan balik yer...
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan :
- Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
- Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.
Lafaz niat setiap malam. Niat ringkas :
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala
Lafaz niat setiap malam. Niat lengkap :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
Lafaz niat berbuka puasa pula :
sumber : http://ms.wikipedia.org