TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Kelebihan Ramadhan

Ramadan wallpaper Ramazan wallpapers

Sedikit perkongsian mengenai kelebihan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

"Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan
kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata,
"Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari
beban-bebandan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan
mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini
apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. 
Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?"
Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)