Friday, April 29, 2011

Hilangnya segeraham gigi...

Semalam MC! Tak dapat nak apdet entri semangat polka tu,
tak sempat disebabkan letih...

Ekceli aku dah lama plan nak gi klinik tapi asyik tertangguh-tangguh..
Takde sakit ape pown tapi sesaja... sebenarnya dah lambat ke opis semalam jadi pegi je la Mau nyer tak? Korang tak trauma ke dengor nak cabut gigi?
Ngeri siot.. dah berbelas tahun lamanya tak cabut gigi.
Aku lebih rela membela gigi geraham kesayanganku yg rosak tapi aku terpaksa akur.
Kau terpaksa ku cabut jua kerana ko telah mengganggu nikmat pengunyahanku.

Saat menantikan no giliran dipanggil, tetiba lak perut memulas tapi aku tahankan jua.
Ini adalah normal bagi menghadapi saat-saat yang getir begini yer..
Bila dah dicheck dentist tu tanya, "u datang last bulan 1 kan?"
Dia x ckp tahun bila tapi aku rasa masa tu check utk pegnen 2 tahun lalu.
Memang masa tu geraham tu dah sold out pown.. hohoho
Aku a-ah kan ajer.. "OK kita cabut lah geraham bawah ni"
Aku mula cuak walaupun aku dah tau dan memang itu pun niat aku.

Di saat dentist memasukkan jarum ke dalam mulut, aku meramas-ramas jari jemari..
STRESS! Chreit! (sound efek jarum) Oh! Bagai digigit kerengga rasanya.
"OK awak tunggu kat luar dulu, sebab ambil masa nak rasa kebas ni.
Sementara tu awak beli air kotak yang ade jual kat depan tu.
Nak bagi ade gula dan tenaga." Memang belum ada satu ape pun masuk perut lagi ni. Tengah duk nunggu tu, pipi rasa kebas dan bibir tebal bengkak sebelah.
Padahal tak bengkak pun. Efek rasa kebas tu je..
babai.. gua cabut dulu..

Tak lama lepas tu dalam 15 minit la, no aku dipanggil semula...
Ah sudoh...! Abis la... kata hatiku.
Relax, lembutkan badan, jangan stress2 kata dentist.
Dentist pun memasukkan playar dan menggodek-godek geraham tu..
Ish.. cam degil je nak kuar, dua tiga kali 'ieyah!' (sound efek bertungkus lumus) , akhirnya berjaya! Sakit? Apa daa.. kan dah dikebaskan.
Mesti la tak rasa apa-apa pun. Iye.. serius tak sakit.

Dah abis tu aku pun tunggu di luar sementara dentist tulis MC. Rasa macam banyak
mata-mata memandang. Ye lah, dah senja remaja cam ni pun kena cabut gigi, malu lak rasanya sebab rasa pipi tu macam bengkak semacam. Tapi itu cuma perasaan aku je, padahal masih cun cam biasa.

Aku pun lepak kat lorong sunyi, kat situ ada 2 kerusi dan ada sorang brader lalu nak duduk kat situ. Aku cepat-cepat folo brader tu, takut ada orang lain cop kerusi tu.
Fuh, lega... dah tak sakit perut.. brader tu memulakan bicara.
Nasib baik tak jadi cabut, saya takut sebenarnya. Aku senyum je. Awak cabut gigi ke? Sakit tak?
Aku geleng dan berkata 'hak hakit' dah kapas dalam mulut, buruk la sikit bunyinye..
Betul ke? Tak sakit? brader tu betul2 nak tahu.
Meman mula tu haya pun hakut ngak hapi hila bius hasa hebas hak hakit ha bila cabut, citer aku dengan malu-malu tapi berlagak.  
Saya kena cabut jugak tapi tadi lupa nak makan ubat kencing manis, tu yang doktor tak jadi tu.. betul ye tak sakit?

Hahaha.. itu le pengalaman aku cabut gigi di kala usia senja remaja ini.
Jadi jangan takut, sebenarnya takde ape pun, sumpah tak sakit bila cabut sebab
dah kebas. Masa cucuk? Sikit je macam di gigit buaya semut api, takkan itu pun takleh tahan...
Tapi bila dah hilang rasa kebas..... nasib la korang! huahuahuahua... (ketawa jahat)
Takde lah, acah je.. makan la ubat tahan sakit yang doktor bagi tu. Insya Allah OK!