TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Travelog @ Langkawi - Part 3

Sikit punya seksa daaa.. nak ngabiskan citer..
Meh ahkak sambung... kisah tsunami...

Sampai hotel dah kul 7 petang.. ajak anaknda sulong jalan2 pantai dan cari kolam.
Rupanya jiran-jiran bilik ahkak kebanyakannya omputih belaka..
Ingatkan tak ramai penghuni, sebab senyap sunyi je...

dah lama tak nampak bunga ni... tingat zaman kanak-kanak

Sedang berjalan di tepian pagar, datang sebiji motor slow jer kat kitorang...
suspen gak ar... orang motor tu tegur, nak pergi mana ni cik?
Sajer jalan2 nak ke pantai...  (nak ngorat aku ke hape??)
Cik, jangan ke pantai... cik balik ke bilik, sebab pihak hotel dapat amaran tsunami.
Telinga ahkak ni cam dengar tak dengar jer perkataan tsunami tu.. blur kejap!
Betul ke ada tsunami..? sambil sengeh2 macam diperolokkan.
Betul cik, petang tadi Acheh gempa bumi kuat, kita bimbang tsunami terjadi.
Kita terima arahan tsunami sampai kul 9 malam ni..
Jadi cik balik bilik tunggu arahan dari pihak hotel atau cik boleh tanya reception...
Bila ahkak dengar je Acheh gempa bumi baru rasa percaya...
dan dan tu jantung dupdap dupdap.. dengan pantas ahkak ajak anak balik bilik
sambil sesekali berpaling ke arah pantai, kut2 ombak naik... (rasa cam berlakon pilem lak).

air yang tenang jangan disangka tiada tsunami...

Bagitau incik ayah, dia pun cuak gak.. habis tu nak kuar makan camne ni?
adeh...itu yang dicuakkan...? tetiba dia boleh berfikir waras semula,
mana nak lari? dah la bilik kita bawah, tepi pula tu... hah!
kalo air naik kita lari naik tangga (tangga betul2 depan bilik)
ahkak pula terfikir, kalo air naik, dia tak naik macam banjir tu,
meleleh dari bawah naik ke atas...
ini kita cakap pasal tsunami, sekali datang, WOOSH u away tau...
kot nya tengah lari naik tangga tu tsunami swoosh, habis...

Memang tak senang duduk dalam bilik, mata tak lepas dari tengok
message yang bergerak2 kat TV3 tu.. apa nak panggil pun tak tau.
Kejap2 incik ayah intai luar tingkap, luar tu gelap gelemak macam la nampak apape..
Perut lapor weh... dah kul 8.30.. argh tak leh jadik ni,
ahkak call reception tanya perkembangan terkini..
cik, arahan tarik balik tsunami tu sampai kul 9 je kan?
eh, tak... kami baru dapat arahan selanjutnya, arahan tu sampai kul 3 pagi..
appa...? ok let's say anything happen, mana tempat selamat nak pergi?
cik, jangan panik.. (sambil ketawa sinis, cisss) nanti kita beritau.. 
kejap  lagi staff kami akan edarkan flyers ke bilik2

Bagitau incik ayah arahan tu sampai kul 3 pagi... terkejut gorila dia..
ok sempat lagi kita keluar makan ni, jom! Dengan pantas jalan ke kereta..
bertembung ngan staff yang edar flyers, ingatkan flyers tu bagitau la
perkara or tempat yang selamat kalo tsunami melanda, rupanya
just nak inform arahan tu sambung sampai pukul 3.. itu aku dah tau..
ah... lantak la, aku nak pi melantak dulu... anak2 dah lapor..

Makan dekat2 je.. Restoran Maya, budak nak makan western (RM50)
incik ayah sesaja tanya budak waitress tu, apa citer tsunami?
dengaq2 ayaq naik pukui 2 pagi... ah sudah...
dah tu hang nak lari mana? taktau la kami...
jeng jeng jeng...

Balik bilik hotel dah pukul 10.30.. terus ON tv..
message bergerak tu tulis... arahan tsunami ditarik balik pada pukul 10 pm..
alhamdulillah... lega skit tapi kena berjaga-jaga juga.. tidur malam tu tak tutup tv.
Ahkak kejap2 terjaga, tengok berita terkini... kang terjaga lagi, tengok tv lagi
plus slowkan aircond... sejuk beku dibuatnya, angkara incik ayah...

to be continue again... last episode