Tuesday, April 24, 2012

Pening masalah pengasuh

Dari semalam lagi mood resah gelisah, kacau bilau..
mana tak nye, BPH dah serbu rumah-rumah pengasuh, tak kasi ngasuh budak lagi...
atas alasan tak boleh menjalankan perniagaan di kuarters... #@??
ngasuh anak ni perniagaankah? atau perkhidmatan? ke sama jer..?
AHKAK CONFUSE!!

Wadduh... mana aku nak antar anak ni... 
taska kat opis ni dah takmo terima budak dah..
yang taska swasta lak, ahkak tak mampu nak bayar lebih.. 
ahkak bawa anak kerja sama2  la cam ni...

baru nak mengecapi kesenangan hujung bulan ni dah datang problem cenggini..
adakah releven dan rasionalnya BPH buat begini? 
tak memikirkan langsung kesan terhadap staff yang berstatus rendah cam kami nih..
kalo disediakan tempat untuk menjaga anak bagi selesaikan masalah ni, takpe la juga..

Pasti ramai parent gundah gulana, pasti banyak dah aduan dibuat, 
minta tolong dengan semua pihak yang boleh membantu kami yang susah hati ni..
kami para ibuk2 bapak2 sekalian berharap BPH dapat memikirkan semula atau
memberi kelonggaran pada pengasuh anak di kuarters, mereka banyak berjasa pada kami yang bekerja ni... (baru ko nak ingat jasa yer...)

Pada pengadu domba pada BPH itu, ko dah nyusahkan orang laen tau tak???
Ko bermasalah ngan pengasuh sampai ke KSN ko ngadu yer... ceh! cam budak kecik!

p.s : sori, hari penuh emosi tanpa kawalan