TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Travelog @ Langkawi - Part 2

Day 2 - 11.04.2012 (Rabu)

Tengok map dulu, plan nak gi mana.
Sebelum ni dah pernah ke Cable Car dan Makam Mahsuri, 
tapi pergi je la lagi... sebab kali ni pergi ngan family sendiri 
lain skit suasananya, sumer ahkak n hubby kena urus dan rancang sendiri..


9.00 pagi gerak ke Cable Car..
On da way ke sana, singgah dulu kat Telaga Harbour Park.
Sajer nak tengok bot layar..
cantik juga senarionya!


Then terus ke Oriental Village (Cable Car).
Apape hal round² dan makan brunch (breakfast+lunch) dulu kat foodcourt (RM25).



Token / Tiket Cable Car :
Dewasa : RM 15 / Kanak-kanak : RM 10
Ayah budak tak nak naik sama, gayat tah ape...??!


 subhanallah nice view...

Turun dari cable car, cari incik ayah.. rupanya kat tempat rusa.
Try nak bagi rusa makan tapi sikit punya debar duh..
Macam² ahkak tanya pakcik jaga tu... (aku panggil dia pakcik?? mudanya aku..)
rusa ni gigit tak? gigi banyak tak? apa rasa lidah rusa?
Last² pejam mata, hulur tangan... yukss... ngeri ke..? tak ah
takde apape pon... siap paksa budak² bagi pulak... trauma memasing! hahahai..

eeiii... geli's you....

Lepas ni destinasi dituju adalah crocodile farm, ni request hero ahkak..
Jalan punya jalan (tipu... naik kete..) tak jumpa signboard,
tak jumpa simpang yang ada dalam map.. ku rasakan kita sudah terlepas..

Okey takpe... kita ke Wildlife Park je la..
Tiket masuk dewasa RM12 / kanak² RM8
Makanan haiwan RM6, yang ni takmo beli pun takpe..
Berbaloi ke sini.. banyak binatang dan kawasannya luas dan cantik..


2 jam kat sini... amende la yang dibuat..ahkak pun tak sedar.
Lepas ni kita pi Makam Mahsuri pulak yer... macam rombongan skolah laks..
Tiket masuk dewasa RM5, kanak² RM3
Round² dalam tu, takde ape sangat pun, lepak minum petang..
 sambil makan peneram dan kuih karas yang dibeli kat dalam ni..
Tak buat apape pun makan 2 jam gak la kat sini... pas ni ke mana plak?



Incik ayah nak ke Jalan Bayas carik gamat kering n herba tongkat ali,
member opis kirim. Ahkak lak nak beli gamat susu kambing, my sista kirim.
Berhenti di Nusantaramaju Ent. gamat kering takde.. ok takpe

Lepas tu balik hotel la.. budak² dah penat bangat. Lalu di kawasan bukit
'pemandangan indah', nak la tinjau jap tapi bebudak sumer dah lelap..
teruskan perjalanan ke Padang Matsirat. Incik ayah kata singgah jap la
kat Beras Terbakar dah alang² ni kan... Tengok signboard ada tapi
takde arrow.. aik? mana pulak beras terbakar ni? Tengok map, kat Atma Alam je
tapi tak jumpa pon... last tanya orang kat Petronas...
Rupanya dah salah jalan.. sampai sana tengok lengang jer..
dah kul 6.00 pm tutup dah kot.. rasa cam malas je nak turun ahkak pun
gitau incik ayah suh balik jer... tu baru 4 tempat, dah penat.

Rupanya time² petang gini, Pantai Cenang happening dengan gerai bergerak
di tepi jalan.. cam best jer, ada rojak, cendol, laksa n memacam lagi..
tapi tak berenti pun, nak balik hotel cepat.. penats.

to be continue... (kisah tsunami)