TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Gempa bumi dan tsunami di Jepun

Ramalan saintis tentang bencana alam benar-benar terjadi?
Aku rasa baru je baca paper Kosmo! tentang 'saintis beri amaran bencana alam minggu depan'.
Memang baru pun semalam (10 Mac) aku baca paper 9 Mac tu..  
(ye la ye la..aku memang selalu backlated)
Para saintis melaporkan kemungkinan berlakunya bencana alam di Bumi adalah 
disebabkan daya tarikan graviti bulan apabila Bumi dan bulan berada pada 
jarak paling dekat. Kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca Bumi 
dan menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Sebenarnya saintis budget fenomena tu akan berlaku pada 19 Mac ini,
tapi tak dan seminggu bencana tu dah pun melanda di Jepun petang tadi
dengan gempa bumi berskala 8.9r disusuli tsunami setinggi 6-13m.. 
aku tulis gitu sebab ada yang aku baca tulis 6m, 10m, 13m

Sendai Airport habis tenggelam

Bencana ini pernah berlaku di Indonesia pada Januari 2005 iaitu 2 minggu
sebelum fenomena bulan itu terjadi. Fenomena bulan menghampiri bumi pernah
berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 200. Tengok pada jarak tahun tu, makin
lama makin dekat..  aku tak pandai nak berceramah ke bertazkirah ke..korang
fikir dan paham sendirik je la ye.. tapi sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui.
Ya Allah, kau lindungilah Malaysia dari bencana dan malapetaka. Amin

boleh lagi dorang lepak atas jambatan tu...

pusat tenaga nuklear Onagawa terbakar


70,000 terkandas di Tokyo Disneyland kerana
kawasan parking dilanda banjir tsunami

p/s : oh! sungguh ngeri lihat kejadian itu, sedih dan simpati dengan Jepun.

Credits to Breaking News n Google






3 comments:

namialus67 said...

Mudah-mudahan negara kita Malaysia terhindar dari semua malapetaka yang begini...Terkenang masa tinggal di jepun dulu.Mujurlah tak de apa2 berlaku masa tu.

MamaChia said...

iya moga tiada bencana di cinikan...menakutkan..kami kat sabah ni tengah risau tau..hujan tak henti2 sejak kelmarin, langit gelap sja.

haziQah said...

jepun sebelum dan selepas tsunami
http://blackchix.blogspot.com/2011/03/jepun-sebelum-dan-selepas-tsunami-mac.html