TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



India ada koboi... bior betul..?

Dulu-dulu kat India ada koboi... tak caye?
Betul... cerita tamil ni la yang akak dok tunggu2 tu... refer sini
Memang best dan giler kelakar.. senak perut akak dok gelak!

poster pun gempak

Tajuknya Irumbu Kottai Murattu Singam (Kubu Besi Singa Singam)
Meh akak citer skit, kisahnya simple je cam Indiana Jones pun ada...
ia mengenai hero kampung, Singam yang hilang dan diganti oleh orang yg miripnya,
Singaram (menyamar sebagai hero tu) untuk mengembalikan semangat orang
kampung menentang Ulakkai si penjahat..Singaram yang tak teror menembak dan
serba serbi sentiasa diback up oleh 4 AJK kampung (dorang yang minta Singaram
nyamar jadi Singam)..dalam dah berjaya menghalau penjahat dari kampung tu,
bergaduh lak ngan puak red indian angkara perbuatan khianat Ulakkai tadi. Singaram
dan 2 drp AJK ditangkap red indian dan direbus dalam periuk besar.. sambil direbus
ada la nyanyian dari anak pompuan ketua red indian tu dan si Singaram nyahut
nyanyian tu, then semua terpaku sampai leleh air mata ketua puak dan Singaram
terselamat dari direbus disebabkan nyanyiannya yang best.. Puak red indian berbaik
ngan Singaram dan ikut balik ke kampung. Di kampung, penduduk kampung terjumpa
sekerat peta dalam MGR Tower (menara jam kat kampung tu) dan percaya ada harta
karun tapi peta tu separuh je, ketua red indian ni pun ada separuh lagi tapi tak tau
benda tu peta lalu dibuatnya stokin.. setelah dicantum, sah peta tu tempat harta
karun so depa decide nak serah kat ketua penjahat (Kelakku Kattai, bos Ulakkai)
untuk tebus beberapa orang kampung yang diculik dan hak kampung tersebut. Tapi
Kelakku ni pandai, dia suh Singaram ni cari dulu harta karun tu, dah dapat baru boleh
exchange ngan tebusan dan dia hantar 2 orang kuatnya ikut sama..
Bermacam-macam rintangan dalam pencarian harta karun, sampai ke dalam gua dan
ditengahnya ada sebuah peti (citer yang begitu klise kalo cari harta karun) tapi dalam
tu bukan ada harta, hanya sepucuk surat yang memaki pencari harta karun, tak
semestinya harta berada dalam gua seperti cerita lain, harta sebenar ada di luar pintu
gua tu rupanya... bila dah jumpa harta tu tetiba muncul Kelakku.. tapi dia tetap tak
nak pulangkan hak kampung dengan syarat, Singaram lawan dulu ngan orangnya
dulu dan last skali ngan dia (Kelakku), Singaram kecut perut sebab tak pandai
menembak, selama ni AJK yang backup untuknya.
Akhirnya AJK pecah lubang yang hero sebenarnya (Singam) dah mati, tapi wasiatkan
cari orang miripnya dan ganti tempatnya agar orang kampung tak putus semangat..
dan sejak Singaram nyamar dan kembali ke kampung, penduduk semua gembira.
dan barulah semangat Singaram ni datang nak menentang penjahat tu dan akhirnya
menang.. gitulah citernya yang biasa2 aje tapi penuh dengan kelucuan sebenarnya.

Singam marsyal yang digeruni dan dah mati

AJK kg pujuk Singaram nyamar jadi Singam...

penjahat buat kacau

Orang kampung bersemangat, Singam balik ke kampung
props nya pun lawa..


MGR Tower tempat sembunyinya peta harta karun

lagi prop yang cantik..

puak red indian yang ada penterjemah bahasanya sendiri


Pelakon : Lawrance Raghava (Lawrence Raghavendra), Sandhya, Lakshmi Rai dan Padmapriya

p.s : itu pun nasib baik ada subtitle B.M, tu yang layan tu...




5 comments:

farah syahidah said...

hee~
cam best la..

KakNeng said...

huhu..
mmg layan dik.. 5 star akak bagi

Hatim said...

terbaik :)

Syed Fairus said...

Ayoyo...

Bila sebut filem koboi, mesti teringat tentang jalan cerita dia.

Mula-mula semua koboi minum-minum dalam bar, dalam keadaan yang tenang dan aman damai.

Lepas tu, bila muncul aje seorang Perempuan, semua yg tengak rileks minum tadi tiba-tiba aje start bergaduh...lepas tu bertembak-tembak sesama sendiri...

KakNeng said...

hahaha... betul tu tapi citer ni lain skit..
takde plak gadoh pasal aweks dalam bar..

p.s : kan aku dah kata, takleh expect ape berlaku next episod dalam citer Tamil ni...