Tuesday, March 22, 2011

Masjid Putra dikencing Part 2

Cerita yang aku tulis taip semalam, keluar kat Berita Harian Online hari ni..
tapi versinya lain skit dari member punya member ni...
betul komen Ustaz Love, maybe that guy ada mental problem..

PUTRAJAYA: Sekumpulan jemaah yang ingin menunaikan solat Subuh di Masjid Putra di sini, pagi semalam gempar apabila seorang lelaki memandu keretanya secara melulu memasuki masjid.

Selepas meletakkan keretanya bersebelahan ruang solat utama masjid, lelaki terbabit dikatakan terus menuju ke tandas berhampiran untuk membuang air kecil, sebelum cuba melarikan sehelai jubah.
Jurucakap polis berkata, cubaan lelaki terbabit bagaimanapun gagal apabila perbuatannya itu disedari pengawal keselamatan yang kemudian menahannya.
“Lelaki berusia 30-an yang ditahan pengawal keselamatan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana menceroboh Masjid Putra.