TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Hari Wanita Sedunia

Datin Sri2, Puan Sri2, Datin2, Puan2, Cik2, 
Ibu2, Makcik2, Kakak2, Aweks2 dan semua kaum hawa

SELAMAT HARI WANITA

Info : Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahu.

Sikit cerita tentang penemuan terbesar oleh wanita yang telah menyumbangkan idea dan inovasi  untuk kita guna pakai pada hari ini


 
NO. 1
Nesmith Bette Graham, seorang jurutaip Amerika dan seniman komersil, 
rasa sangat tension bila salah taip keyboard  typewriter 
lalu mencipta cecair pembetulan pertama. 
Ala... yang orang panggil liquid paper tu. 



 
NO. 2
Stephanie Kwolek, seorang ahli kimia Poland-Amerika, terkenal untuk penemuan 'KEVLAR'. 
Apa kejadahnya tu? Ia sejenis fibre sintetik yang ringan dan kuat digunakan untuk pembuatan pelindung tubuh like jaket kalis peluru. 
Lihatlah betapa wanita telah menyelamatkan nyawa 
tentera2 dan pak polisi seluruh dunia... hebat!


 
NO. 3
Kalo la tak cipta bende ni dah berjuta-juta nyawa melayang di jalanraya. 
Terima kasih kepada Mary Anderson kerana mencipta alat penyah hujan dan taik burung di cermin kereta.. apa lagi wiper la...



NO. 4
Ada kenal ini bende... yang selalu digunakan dalam cerita horor tuk potong2 orang tu...
Tabitha Babbitt mencipta gergaji pertama untuk digunakan dalam sebuah kilang penggergajian, untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti industri kayu.



NO. 5 
Josephine Cochrane, mencipta mesin basuh pinggan mekanikal pertama. 
Menjadikan kerja mencuci lebih mudah dengankepada keajaiban teknologi ini. Hari ini, banyak restoran dan hotel tidak boleh hidup tanpa ciptaannya.







NO. 6
Marion Donovan menyelesaikan masalah bau bayi dengan mencipta lampin pakai buang. Sesuatu yang memudahkan dan menjimatkan masa ibu bapa...









NO. 7
Penciptaan yang lazat adalah daripada Ruth Wakefield, iaitu biskut coklat chip... Kenapa coklat chip pula yang tersenarai ni..?!
Sebab..... aku tengah menikmatinya skarang ni... hihihihi




Picture credits to Google





3 comments:

MamaChia said...

kreatif juga dorang tu kan...

apa2 pun tu no 7 ciptaan paling ok..bikin perut kenyang heheee..

KakNeng said...

takleh tahan bau famos amos...

~conangirlz~ said...

wahh..nice info.. ^ ^