TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI SINI!!

SAYA AKAN LAWAT ANDA KEMBALI.. INSYA ALLAH



Rahsia membentuk anak pintar

Pernah baca tulisan seorang Doktor Inggeris tentang 'Mengapa Yahudi Bijak?' Kalo tak pernah, sila google
Aku sendiri tak pasti kesahihan hasil tulisan doktor tersebut samada benar-benar wujud atau tidak.
Tapi, apa yang disampaikan tu mungkin ada kebenarannya,  
Walaupun ada yang dah tahu tentang perkara ini tapi aku tetap nak share.
Kesimpulannya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

Itu dari sudut pandangan dan kajian doktor tu.. tapi kita sebagai umat Islam juga ada cara dan pendekatan dalam melahirkan generasi bijak pandai dan secara tak langsung menjadikan anak kita soleh dan solehah.

Tip untuk ibu bapa

* Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

* Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

* Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

* Doakan kejayaan anak, rakan anak, anak rakan dan jiran.

Dari sudut pemakanan ilmuwan Islam pula :

1) Madu - makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih fresh.

5) Halia - bukan untuk slimkan badan aje tapi amat mujarab menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Rahsia bagaimana membentuk anak pintar diterangkan di dalam ebook RAHSIA ANAK PINTAR merangkumi hasil kajian dari Barat dan rahsia-rahsia Ilmuan Islam lampau.

Klik RAHSIA ANAK PINTAR untuk keterangan lanjut.



Antara isi kandungan eBook ini adalah:

1-Otak dan minda
2-Kecerdasan minda : intelek,emosi,spiritual
3-Ransang minda bayi dlm kandungan
4-Ransang minda anak 0-2 tahun
5-Ransang minda anak 2-6 tahun
6-Ransang minda anak 7-10 thn
7-Ransang minda anak remaja
8-Rahsia kebijaksanaan ilmuan islam
9-Ransang minda melalui pemakanan
10-Peranan ibu bapa
11-Gaya keibubapaan
12-Pengaruh tidur terhadap perkembangan minda
13- Ancaman media elektronik
14-Cabaran mendidik anak pintar
15-Petua dan doa
16-Kata-kata pintar


2 comments:

wanacesh said...

info ni mmang berguna zaman macam ni,,orang tau buat anak je tapi x berkualiti anak tu,, yang ketegak betul bila nak diajar huhu,,kesian kat budak2 dapat makbapak macam ni

Mak paksa aku solat?uwaa~

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Asid Lemak Penting Untuk Kesihatan Jantung & Otak